Bernama

Setiausaha
Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata meskipun penaman calon bagi
PRN Melaka hanya berbaki tiga hari lagi, usaha dan rundingan masih
berlangsung bagi mengelak berlakunya pertembungan antara Pas, UMNO dan
Bersatu. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU:
Pas yakin kesepakatan antara parti-parti di dalam kerajaan akan dapat
dicapai dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 20 Nov
ini.
Setiausaha Agung Pas Datuk
Takiyuddin Hassan berkata meskipun penaman calon bagi PRN Melaka hanya
berbaki tiga hari lagi, usaha dan rundingan masih berlangsung bagi
mengelak berlakunya pertembungan antara Pas, UMNO dan Bersatu.
"Secara
idealnya parti-parti yang ada dalam Kerajaan Persekutuan tidak boleh
bertanding menentang satu sama lain. Inilah yang dipopularkan oleh
Presiden Pas sendiri (Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kita ini sebagai
'mediator' atau pemudah cara untuk tidak wujudnynya perpecahan.
"Di
Melaka ini, ada 28 kerusi kalau bahagi tiga itu sudah banyak dapat.
Dalam sembilan atau 10 seorang (setiap parti). Kita perlukan hanya 19
kerusi untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Kita boleh bertanding 28
kerusi kalau tidak ada pertandingan tiga penjuru, jadi kita cuba elak
lah," katanya dalam sidang media sempena Muktamar Tahunan Pas kali
ke-67, di sini hari ini.
PRN Melaka
diadakan susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka pada 4 Okt
lepas apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan
terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menetapkan 20 Nov sebagai hari pengundian bagi PRN
Melaka, 8 Nov hari penamaan calon dan 16 Nov tarikh undi awal.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan