Abd Hadi Che Awang

Naib
Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan bahawa pengumuman nama
sembilan calon yang mewakili parti itu dalam PRN Melaka akan dibuat
secara dalaman malam ini. - Gambar fail/Astro AWANI
YAN:
Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar
mengesahkan bahawa pengumuman nama sembilan calon yang mewakili parti
itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan dibuat secara dalaman
malam ini.
Menurutnya, pengumuman itu
akan dilakukan sendiri oleh Presiden Amanah, Mohamad Sabu selain jentera
parti dari seluruh negeri akan digerakkan ke Melaka dalam masa terdekat
bagi membantu kempen calon Pakatan Harapan.
"(Seperti
semua sedia maklum) kita telah pun dapat sembilan kerusi (untuk
bertanding dalam PRN Melaka) dan (saya nak sahkan) malam ini YB Presiden
Amanah, Mohamad Sabu, akan buat pengumuman calon secara dalaman kepada
pimpinan Amanah di Melaka,
"(Semua)
persiapan telah digerakkan, jentera daripada negeri pembantu telah mula
turun untuk pastikan pilihan raya dapat berjalan lancar (dan kemenangan
kembali kepada Pakatan Harapan)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melakukan tinjauan di lokasi jambatan runtuh di Kampung Setul, Yan pada Khamis.
Dalam
perkembangan sama, Mahfuz menzahirkan harapan agar beberapa Prosedur
Operasi Standard (SOP) bagi PRN Melaka dapat ditambah baik khususnya
dari segi kebenaran untuk berkempen.
"Nampaknya
SOP yang diumumkan Menteri Kesihatan (adalah) SOP yang tidak munasabah,
dia tak bagi kebenaran untuk kempen, kalau kempen kena denda.
Sepatutnya SOP munasabah yang perlu digunakan adalah SOP (yang digunakan
ketika) pilihan raya kecil di Slim dan PRK di Chini.
"Maknanya.
kita boleh pergi ke rumah tapi hanya beberapa orang sahaja, tak boleh
ikut ramai-ramai,
contoh kalau pergi pasar, tak perlu (apabila) menteri
turun ke pasar, jentera turun (sekali) ke pasar, orang (akan) ramai. Ini
akan sebabkan berlaku keadaan yang tidak diingini," katanya lagi.
Terdahulu,
Pengerusi PH Melaka, Adly Zahary menyatakan Pakatan Harapan (PH) Melaka
masih menggunakan formula 8-11-9, iaitu lapan kerusi Dewan Undangan
Negeri (DUN) untuk DAP, sembilan untuk Amanah dan 11 untuk PKR.
Namun, jelasnya, senarai calon akan dimuktamadkan oleh Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh terdekat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan