Nuzuluddin Abdul Razak
Kerjasama
tersebut mungkin tidak akan berlaku sekiranya ada antara calon parti
pembangkang pernah melompat parti atau calon katak selepas pilihan raya
sebelum ini. - Foto Astro AWANI
KUCHING:
DAP Sarawak meletakkan beberapa syarat sebagai garis panduan sebelum
kerjasama antara parti pembangkang dipersetujui bagi berdepan Pilihan
Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Pengerusinya,
Chong Chieng Jen berkata, bagaimanapun kerjasama tersebut mungkin tidak
akan berlaku sekiranya ada antara calon parti pembangkang pernah
melompat parti atau calon ‘katak’ selepas pilihan raya sebelum ini.
Jelas
beliau kerjasama antara parti termasuk parti baharu Parti Sarawak
Bersatu (PSB) sedang dibincangkan sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Sebelum
kami mencapai apa-apa perjanjian antara faktor yang akan
dipertimbangkan oleh kami (Pakatan Harapan) ialah sama ada calon
tersebut pernah melompat parti atau tidak pada pilihan raya lalu.
“Individu
yang dicalonkan oleh PSB mestilah seseorang yang bukan oportunis atau
mempunyai trek rekod seseorang yang memang berjuang di atas pentas
pembangkang,” katanya semasa sidang media khas di Ibu Pejabat DAP
Sarawak di sini hari ini.
Ahli Parlimen
Stampin itu juga berkata, dengan tempoh pilihan raya yang semakin dekat,
pihaknya akan menerima apa sahaja kesan daripada keputusan yang dibuat.
Bagaimanapun
menurut Chong, pihaknya juga perlu bersifat rasional dan mempunyai
fleksibiliti dalam membuat keputusan kerana sukar untuk menidakkan fakta
bahawa ada individu yang dicalonkan mempunyai sejarah lompat parti.
“Semua
calon yang dipertaruhkan PSB pernah melompat parti dan adakah sebab itu
kita tidak akan bekerjasama selama-lamanya, maka dengan itu kita mesti
rasional dan fleksibel dalam membuat keputusan.
“Kita
tidak akan seratus peratus menutup pintu untuk bekerjasama dengan pihak
pembangkang dan saya juga tidak yakin sepenuhnya akan adanya kerjasama
antara pihak pembangkang, namun saya percaya perbincangan ini akan lebih
baik sekiranya dibuat lebih awal,” katanya.
Dalam
pada itu, DAP katanya mempunyai pendirian yang sangat tegas dan membuka
luas peluang untuk bekerjasama dengan calon-calon parti pembangkang
yang benar-benar tulen atau konsisten besar dalam perjuangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan