Hasimi Muhamad
Bagi
menggalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka
pada hari mengundi, SPR akan melaksanakan kempen 'Jom Kita Undi'. - Foto
fail/BERNAMA
KUCHING:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan 70 peratus pengundi akan
keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Perkara
itu dimaklumkan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dalam satu
kenyataan media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Berkaitan
Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini pada Rabu.
“Bagi
menggalakkan pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab mereka
pada hari mengundi, SPR akan melaksanakan kempen 'Jom Kita Undi'.
“Ia
termasuk melalui pelbagai saluran media termasuk di media elektronik,
media sosial, hebahan melalui siar raya dan pemasangan kain rentang di
lokasi-lokasi strategik tumpuan awam dan tempat-tempat lain yang
bersesuaian,” katanya.
Sementara itu,
dalam kenyataan media sama, Abdul Ghani berkata Garis Panduan Pencegahan
COVID-19 bagi tujuan PRN Sarawak Ke-12 sedang dikemaskini oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ), Majlis Keselamatan Negara ( MKN
), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana
Sarawak (JPBS).
Garis panduan itu, katanya akan dimaklumkan setelah dimuktamadkan kelak.
Dalam masa yang sama, Abdu Ghani berkata SPR akan meneruskan penambahbaikan pada PRN Sarawak ke-12.
Ia termasuk menyediakan saluran khusus bagi pengundi yang berumur 60 tahun dan ke atas di setiap Pusat Mengundi.
“Selain
itu, memanjangkan tempoh masa pengundian selama 30 minit dari jam 7.30
pagi hingga 5.00 petang berbanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14
iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
“Pengundi-pengundi
Orang Kurang Upaya (OKU) akan mengundi di Saluran 1. Seramai 13,871
orang pengundi OKU telah dikenal pasti dan mereka adalah berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” tambah beliau.
Abdul
Ghani berkata, syarat-syarat kelayakan pengundi pos Kategori Luar
Negara seperti yang dilaksanakan sebelum ini turut dimansuhkan.
Syarat-syarat
tersebut adalah bermastautin di luar negara kecuali di Wilayah Selatan
Thailand (Narathiwat, Pattani, Yala, Songkhla dan Satun), Singapura,
Brunei dan Kalimantan, Indonesia.
“Selain
itu, pernah berada di Malaysia atau kembali ke Malaysia tidak kurang
daripada 30 hari dalam tempoh 5 tahun sebelum tarikh pembubaran Dewan
Undangan Negeri yang sedang berkuat kuasa,” katanya.
Terdahulu, SPR menetapkan 18 Disember depan sebagai hari pengundian bagi PRN Sarawak ke-12.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, manakala hari pengundian awal pada 14 Disember.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan