MGF23112021_ANWAR-RASMI-BUKU-UMAT08
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima buku daripada Penulis Buku Jejak-Jejak Pencerahan Umat, Datuk Dr. Muhammad Nur Manuty (kiri) selepas merasmikannya di Bangi Resort Hotel, Selangor. Foto HAZROL ZAINAL

BANGI – Kekalahan teruk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka diterima oleh pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai ketua dalam gabungan itu, Anwar  dengan sepenuh hati menerima perkara itu kerana ia tanggungjawab yang perlu dipikulnya.

“Masalahnya sebagai ketua (PH) saya kena pikul tanggungjawab. Kadang-kadang bila buat begitu tak diceritakan perkara sebenar,” katanya kepada media selepas pelancaran buku ‘Jejak-jejak Pencerahan Umat’ nukilan Datuk Dr Muhammad Nor Manuty di sini hari ini.