Nur Fazlizai Ali
UMNO
Terengganu optimis dapat menawan kembali negeri itu sekali gus merampas
tampuk pimpinan kerajaan Pas berdasarkan keinginan yang dilontar dan
disuarakan oleh rakyat di negeri berkenaan. - Gambar fail
KUALA NERUS: UMNO Terengganu optimis dapat menawan kembali negeri itu sekali gus merampas tampuk pimpinan kerajaan Pas.
Timbalan
Pengerusi UMNO negeri, Datuk Din Adam berkata, aras keyakinan itu
berpandukan keinginan yang dilontar dan disuarakan oleh rakyat di negeri
berkenaan.
Katanya,
kesediaan UMNO Terengganu untuk merampas pentadbiran negeri itu
daripada pimpinan Pas juga seiring dengan pendirian parti berkenaan yang
ingin bertanding solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“Hari
ini kita melihat desakan daripada rakyat di bawah, melihat kepada
keluh-desah rakyat di bawah memang rakyat bersedia untuk menyokong
Barisan Nasional (BN) kembali tadbir negeri Terengganu.
“Jadi
kita sebagai jentera pimpinan parti di peringkat negeri memang bersedia
untuk menyahut kehendak yang telah dilontar dan disuarakan oleh
masyarakat di bawah,” katanya kepada Astro AWANI ketika ditemui di sini
pada Rabu.
Din, bagaimanapun berkata,
pihaknya menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk menilai dan
memilih pemimpin yang mampu mentadbir dan membela nasib mereka.
Dalam
masa sama, UMNO, jelas beliau, optimis untuk merebut kembali kerusi
yang pernah dimenangi parti itu bagi membentuk kerajaan yang stabil.
Terengganu
mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan enam daripadanya dimenangi Pas
iaitu di Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan
Kemaman.
UMNO pula memenangi dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu.
Bagaimanapun,
kerusi Hulu Terengganu kemudiannya berpindah menjadi milik Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah penyandangnya, Datuk Rosol
Wahid isytihar keluar parti dan menyertai Bersatu.
Sementara
bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, Pas memenangi 22 kerusi
manakala 10 kerusi lagi dimenangi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan