HALAMAN SANTAI

Khamis, 25 November 2021

PRN Sarawak: Telan kos RM150 juta, ini lima tumpuan sidang media SPR

Hasimi Muhamad
PRN Sarawak: Telan kos RM150 juta, ini lima tumpuan sidang media SPR
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh ketika sidang media Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-12 hari ini.- Gambar BERNAMA
 
KUCHING: Teka-teki tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 akhirnya terjawab selepas ia ditetapkan pada 18 Disember depan.
 
Pengumuman tarikh tersebut dibuat Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh selepas 21 hari Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat Sarawak ditamatkan pada 3 November lalu.
 
Bagaimanapun, setakat ini SPR belum mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) yang akan diguna pakai pada PRN Sarawak ke-12.
 
Berikut lima tumpuan sidang media SPR:
1. Hari penamaan calon ditetapkan pada 6 Disember, manakala undi awal pada 14 Disember.
2. Tempoh berkempen selama 12 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 6 Dis, iaitu hari Isnin, sehingga jam 11.59 malam 17 Dis.
3. PRN Sarawak ke-12 dianggarkan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM150 juta.
4. Sebanyak 82 pusat penamaan calon dan 82 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan, dengan 46,565 orang petugas dilantik mengendalikan PRN Sarawak.
5. Jumlah pusat mengundi ialah 1,951 melibatkan 3,666 saluran mengundi.

Tiada ulasan: