HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 November 2021

Zuraida bakal ketuai Parti Bangsa Malaysia?

MGF051120_PC-ZURAIDA-KAMARUDDIN-6
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin bakal mengetuai sebuah parti baharu yang dikenali Parti Bangsa Malaysia.

Menurut sumber, parti berkenaan sudah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 29 Oktober lalu.

WhatsApp-Image-2021-10-30-at-5

Bagaimanapun parti berkenaan tidak melibatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seperti digembar gembur sebelum ini.

Menteri kanan itu dikatakan masih kekal dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Selain, Zuraida antara individu lain bakal menjadi pimpinan Parti Bangsa Malaysia ialah Ahli Parlimen Julau, Larry Soon @ Larry Sng.

MGF27082020_PARLIMEN-MALAYSIA02
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien.

Wakil rakyat bebas itu dikatakan bakal menjadi orang nombor dua dalam parti berkenaan.

Selain itu, bekas pimpinan PKR, Ahli Parlimen Kuala Langat, Dr Xavier Jayakumar juga bakal menyertai parti berkenaan.

MGF25072019_AIR-BERSIH-ETIQA_05 
Dr. Xavier Jayakumar

Difahamkan, Parti Bangsa Malaysia bersifat mesra kerajaan Perikatan Nasional dan akan dilancarkan pada Disember ini.

Logo parti pula akan diambil dari logo sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Penggerak Komuniti Negara tetapi melibatkan sedikit perubahan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: