HALAMAN SANTAI

Ahad, 13 April 2008

60,000 pesara tentera diserap berkhidmat dengan polis


KUALA LUMPUR: Seramai 60 ribu pesara tentera akan diserapkan secara lantikan kontrak untuk berkhidmat dengan anggota polis berikutan kuota terbabit bakal diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasssan, berkata setakat ini seramai enam ribu pesara berkenaan telah diluluskan untuk berkhidmat sebagai langkah permulaan program.

"Kontrak selama satu hingga dua tahun ditawarkan kepada semua pesara yang berpangkat untuk berkhidmat dengan kita.

"Peluang ini diberikan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan yang sedia ada," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis pembarisan tamat latihan dan konvokesyen inspektor percubaan di sini, semalam.

Musa berkata pengambilan itu dibuat kerana pesara berkenaan mempunyai pengalaman dalam pelbagai kemahiran.

Tiada ulasan: