MB, Exco Selangor isytihar harta dua minggu lagi
Oleh Metro
SHAH ALAM: Menteri Besar serta anggota Exco kerajaan Selangor akan mengisytiharkan semua aset serta pegangan harta milik mereka untuk pengetahuan umum dalam tempoh dua minggu lagi.
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata beliau serta 10 anggota Exco akan mengumpulkan semua maklumat penting berkaitan aset serta pegangan harta sebelum diserahkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
“Pengisytiharan harta itu turut membabitkan pegangan aset milik isteri serta semua anak kami yang berumur bawah 21 tahun. Anak yang melebihi umur itu dikira bukan lagi di bawah tanggungan keluarga.
“Ia mengambil masa kira-kira dua minggu dan kemudian semua maklumat berkaitan pegangan harta itu akan ditampal di pejabat SUK,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan