HALAMAN SANTAI

Isnin, 14 April 2008

Permit: Penganjur Black 14 adakan pertemuan dengan polis
Oleh Wartawan KLpos.com


KL: Permit polis tidak diperlukan bagi mengadakan program di Kelab Sultan Sulaiman kerana ia merupakan program di premis persendirian, kata ahli MPT PKR Badrul Hisham Sahahrin.

Menurut beliau, pihak penganjur dimaklumkan mengenai satu pengumuman oleh pihak keselamatan mengenai permit untuk program tersebut.

"Pihak penganjur akan menemui pihak keselamatan untuk menjelaskan kekeliruan yang timbul," katanya dalam satu kenyataan yang dihantar kepada KLpos.com.

Menurutnya lagi, orang ramai dijemput untuk memenuhkan padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg. Baru, KL, 14 april. Program bermula seawal 8.00 malam.

"Program utama ialah ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan memfokuskan hala tuju beliau, parti dan gerakan reformasi seterusnya selepas keputusan PRU 12 dan selepas beliau melepasi sekatan undang undang yang menghalang beliau terlibat aktif (di segi undang undang) dalam politik negara.," kata beliau.

Tiada ulasan: