HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Mei 2008

Isteri tahanan, GMI buat laporan polis terhadap menteri


KUALA LUMPUR (SK)-Satu laporan Polis telah dibuat oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada pukul 11 tengahari 19 Mei yang lalu.

Laporan Polis tersebut menamakan Menteri keselamatan Dalam Negeri, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kem Perlindungan Tahanan kemunting, Taiping sebagai pihak yang perlu bertanggungjawab ke atas penderaan Shanjeev Kumar, yang ditahan di bawah ISA pada 28 Julai 2007.

Laporan Polis berkenaan dibuat oleh Syed Ibrahim Syed Noh selaku Pengerusi GMI dan Sharmila Uthiakumar, isteri kepada Sanjeev Kumar.

Dalam laporan Polis tersebut, mereka mendakwa pihak- pihak berkenaan telah menyalahgunakan jawatan dan kuasa yang diberi dengan menahan seseorang tanpa sebarang bicara.

Selain itu terdapat penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Polis untuk mendera tahanan dan Pihak Kem Kamunting yang telah gagal memberikan sebarang bantuan dan rawatan kecemasan kepada Sanjeev.

Ketika berada di dalam tahanan sepanjang 60 hari, Sanjeev telah mengalami pelbagai penyeksaan seperti didera, ditendang dan dibelasah sehingga mengakibatkan beliau menjadi lumpuh dan terpaksa mengguna bantuan kerusi roda.

Antara penderaan yang dilakukan ialah soal siasat dari jam lapan pagi hingga 11 malam tanpa henti, ditumbuk dan ditendang dengan kasut dan menggunakan kaki serta bahagian badan sebelah kiri beliau dipukul beberapa kali dengan menggunakan objek keras seperti kayu.

Bukan itu saja, malah Sanjeev turut dipaksa untuk meminum air kencing sendiri sebanyak 3 hingga 4 kali selain kemaluan dan duburnya dijolok dengan objek keras.
Semasa di dalam tahanan, beliau turut dimaki hamun dan dicela oleh pegawai-pegawai Special Branch yang bertugas dengan perkataan kesat dan lucah.

Tiada ulasan: