HALAMAN SANTAI

Rabu, 21 Mei 2008

Anak tahanan ISA mahu sambut hari jadi dengan bapa


W.Vwaishhnnavi, 6 tahun menghantar kek kepada Yang Di Pertuan Agung sempena sambutan hari jadinya yang ke enam pada 21 Mei 2008.

Dia yang ditemani ibunya, menyerahkan kek harijadi, kad ucapan dan sejambak bunga kepada Yang Di Pertuan Agung melalui wakil Istana pada kira-kira pukul 11 pagi.

Dalam pertemuan dengan wartawan, ibunya berkata tujuan utama W.Vwaishhnnavi berbuat demikian ialah untuk menyatakan ucapan terima kasih dan ucapan selamat panjang umur kepada Yang Di Pertuan Agung.

Dalam kad ucapannya, Vwaishhnnavi merayu kepada Yang Di pertuan Agung agar bapanya, Waytha Moorthy dibenarkan kembali ke Malaysia agar dia dapat meraikan hari jadi bersama bapanya. Dia juga merayu kepada Yang di Pertuan Agung agar semua tahanan Hindraf dibebaskan dari cengkaman ISA dan akta tersebut dimansuhkan.

W. Vwaishhnnavi adalah anak perempuan kepada Waytha Moorthy, salah seorang peguam yang mewakli lima tahanan Hindraf yang berada di luar negara untuk mendapatkan sokongan antarabangsa atas tuntutan pembebaskan semua tahanan terbabit.

Walaubagaimanapun, Waytha Moorthy tidak dibenarkan pulang ke Malaysia selepas passportnya di batalkan oleh pihak berkuasa negara ini.

W. Vwaishhnnavi turut menghantar kek hari jadi dan kuntuman bunga ke Parlimen pada kira-kira pukul 1.00 tengahari untuk diberi kepada semua ahli parlimen.

Dia disambut oleh Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan Ismail di hadapan pintu pagar Parlimen dan didukung masuk ke dalam Parlimen untuk memberi kuntuman bunga dan kek berkenaan kepada semua Ahli parlimen.

Tiada ulasan: