Di Malaysia ada yang layak jadi Presiden Israel – Mahathir
Izwan Abdul Halim
ALOR STAR (Hrkh) - Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar tindakan Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional ekoran tidak menyokong usul terhadap Palestin pada sidang baru-baru ini.
"Usul dibuat untuk memberi sokongan kepada orang-orang Palestin yang dihalau keluar daripada tanah mereka oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar telah mengalu-alukan kelahiran Israel yang ke-60 baru-baru ini,"ujarnya pada ceramah 'Kedudukan Orang Melayu Pasca Pilihan raya Ke-12' anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah yang diadakan di Hotel Star City di sini baru-baru ini.
Dengan penuh kesal, beliau menyatakan tindakan tersebut seolah-olah menyokong penubuhan Israel.
"Dewan Rakyat kita yang dipenuhi wakil-wakil kita tidak menyokong usul untuk menunjukkan simpati kita terhadap Palestin. Sebab itu dalam negara kita ini ada orang yang layak jadi Presiden Israel tetapi tidak layak jadi Presiden Singapura,"ujarnya penuh sinis. - mks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan