HALAMAN SANTAI

Selasa, 20 Mei 2008

Selangor Berhak Beri Air Percuma


Parlimen (SK) - “Kerajaan Negeri masing-masing berhak menentukan pindaan perjanjian air dengan syarikat bekalan air termasuk memberikan air percuma kepada rakyat jika negeri ada peruntukkan”.

Begitulah penjelasan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi bagi menjawab soalan yang dikemukan oleh Dr. Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat). Jawapan tersebut disambut dengan tepukan meja oleh Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Soalan tersebut dibuat dengan tujuan mempertikaikan tindakan kerajaan negeri Selangor yang memberikan air percuma (20 meter padu) kepada seluruh rakyat negeri itu.

Lantaran jawapan Timbalan Menteri itu, niat untuk mempersoalkan serta memburuk-burukkan tindakan kerajaan Negeri Selangor oleh wakil BN itu gagal.

Tiada ulasan: