Debat Guan Eng dan Koh Tsu Koon, malam ini
Mohd Sabri Said
PULAU PINANG - Bekas Pengerusi Penang Development Corporation (PDC), Tan Sri Koh Tsu Koon dikehendaki menjelaskan tentang kehilangan keuntungan RM500.000 atau deposit 10 peratus pembelian tanah di Tanah Perindustrian Bukit Minyak selepas Popular Profile Sdn Bhd tidak mampu membayar harga pembelian penuh sebanyak RM5.5 juta.
Itulah antara topik hangat yang rakyat bakal saksikan Debat di TV3 malam ini antara bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Koh Tsu Koon dan Ketua Menteri Pulau Pinang di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, Lim Guan Eng.
Kenyataan akhbar Guan Eng baru-baru ini menjelaskan, rakyat berhak tahu mengapa kesilapan boleh berlaku di bawah pentadbiran terdahulu dan paling penting kenapa tiada sebarang tindakan diambil bila mengetahui berlaku kesilapan.
Katanya, tuntutan PDC terhadap PPSB untuk mengembalikan semua bayaran 10 peratus harga belian sebanyak RM554,040.71 yang telah disalah bayar kepada PPSB.
Menurut beliau, pada 9 Mei 1997 PPSB surat perjanjian jual beli antara PDC dan PPSB telah disempurnakan oleh kedua-dua pihak pada harga belian sebanyak RM5,540,470.11. Di mana PPSB membayar sejumlah RM1,108.083.42 pada 9 Mei 1997 yang merupakan harga belian tanah tersebut.
Pada 30 Mei 1998, PPSB memohon untuk menamatkan perjanjian dan merayu pengembalian wang 20 peratus yang telah di bayar. Pada 24 Ogos 1998 PDC memutuskan untuk melesapan 10 peratus daripada harga belian dan mengembalikan wang selebihnya, sekira ada.
Apapun semua isu ini akan terdedah dengan sendirinya apabila Koh Tsu Koon ditanya oleh Guan
Ketua Menteri Pulau Pinang itu dijangka mengemukakan beberapa soalan bagi menyelesaikan permasalahan yang timbul sehingga membuatkan orang ramai mempertikaikan tindak tanduk bekas Ketua Menteri itu. - mns_
Tiada ulasan:
Catat Ulasan