HALAMAN SANTAI

Selasa, 5 Ogos 2008

JKR: Selamat guna MRR2
Malaysiakini


Pengguna Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) tidak perlu bimbang menggunakannya kerana strukturnya masih utuh, kata timbalan ketua pengarah kerja raya I Datuk Ir Mohamad Husin.

"JKR ingin mengesahkan struktur jejambat MRR2 itu selamat digunakan," katanya dalam satu kenyataan.

"Tiada keretakan baru dilaporkan atau keretakan lama yang timbul semula seperti yang dilaporkan sebelum ini," katanya, lapor Bernama.

"Kontraktor akan memulakan kerja awal untuk memperbaiki retakan lekang di tiang sambut 28 di MRR2 esok."

Ir Mohamad menambah, keputusan itu dicapai pada mesyuarat bersama pakar-pakar Jabatan Kerja Raya (JKR), wakil juru perunding dan kontraktor yang diadakan di sini hari ini.

Beliau berkata JKR juga telah menubuhkan satu pasukan petugas khas untuk menjalankan siasatan serta menyelia kerja pembaikan oleh kontraktor, lapor agensi berita itu lagi.

Beliau berkata seperti yang ditegaskan menteri kerja raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohd semalam supaya soal keselamatan tidak boleh dikompromi, tindakan menutup lorong terkiri di kedua-dua belah arah akan diteruskan bagi membolehkan siasatan ke atas kesemua tiang sambut dan kerja pembaikan dilaksanakan.

Ir Mohamad juga meminta para pengguna jalanraya agar mematuhi panduan papan tanda yang telah diletakkan di tempat terbabit.

1 ulasan:

malaysia baru berkata...

Kalau berani JKR tawarkan takaful RM2juta kepada setiap pengguna MRR2 tidak termasuk penggantian kenderaan...bila berlaku malapetaka MRR2 runtuh lagi.