Ruhanie Ahmad
Hasil kajian – Voter Opinion Poll – oleh Merdeka Center yang diumumkan baru-baru ini seolah-olah membuktikan bahawa kepimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini sedang dilanda krisis keyakinan yang parah.
Hanya 7 peratus responden berpuas hati dengan cara Datuk Seri Abdullah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri, 35 peratus agak berpuas hati, 17 peratus sangat tidak berpuas hati, dan 37 peratus pula agak kurang berpuas hati.
Pada waktu yang sama, hanya 8 peratus responden amat bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jadi Perdana Menteri yang baik, 26 peratus agak bersetuju, 21 peratus amat tidak bersetuju, dan 26 peratus lagi agak tidak bersetuju.
Hanya 10 peratus responden amat berpuas hati bahawa UMNO memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat berbanding 25 peratus yang amat tidak berpuas hati. Responded yang agak berpuas hati adalah 26 peratus tetapi yang agak tidak berpuas hati adalah 33 peratus.
Mengenai kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN), 8 peratus responden berpuas hati berbanding 16 peratus yang sangat tidak berpuas hati. Mereka yang agak berpuas hati adalah 36 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 38 peratus.
Merosot
Rasa puas hati rakyat jelata terhadap perkembangan semasa ini merosot secara mendadak daripada 71 peratus pada tempoh 29 Februari - 4 Mac 2008 (sebelum PRU12), kepada 68 peratus bagi tempoh 5 Mac - 7 Mac 2008 (menjelang hari pembuangan undi PRU12), 44 peratus bagi tempoh 30 April - 5 Mei 2008 (selepas PRU12), dan 28 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008.
Kemerosotan ini banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi (59 peratus), jenayah dan keselamatan awam (25 peratus), rasuah dan penyalahgunaan kuasa (15 peratus) dan faktor politik (10 peratus).
Mengenai ekonomi, 24 peratus responden menyatakan pada tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008 bahawa ekonomi Negara adalah “favourable”. Angka ini menurun daripada 59 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.
Mengenai kedudukan ekonomi negara mutakhir ini berbanding tiga tahun lalu, hanya 19 peratus responden mengatakan ianya “favourable” berbanding 51 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.
Kemerosotan keyakinan responden terhadap hakikat di atas adalah berasaskan pandangan mereka yang tidak “favourable” mengenai pendapatan peribadi (60 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 34 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), kos harga barang dan perkhidmatan (24 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 merosot kepada 8 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), peluang pekerjaan (merosot daripada 50 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 29 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), dan peluang perniagaan (merosot daripada 49 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 33 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008).
Anwar Ibrahim
Sementara itu, responden yang sangat berpuashati dengan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat adalah 9 peratus sementara yang sangat tidak berpuas hati adalah 13 peratus. Bagaimanapun, golongan yang agak berpuas hati adalah 48 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 10 peratus.
Mengenai tuduhan salah laku seks oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya 11 peratus sahaja responden yang percaya sementara 55 peratus langsung tidak mempercayainya. Sementara itu, 8 peratus responden tidak memberikan apa-apa respon dan 26 peratus tidak tahu apa-apa.
Di kalangan responden Melayu, 11 peratus percaya dengan tuduhan salah laku seks membabitkan Anwar, 50 peratus tidak mempercayainya dan 31 peratus tidak tahu apa-apa. Di kalangan responden Cina, 11 peratus percaya dan 59 peratus tidak percaya. Di kalangan responden
Di kalangan seluruh responden, 66 peratus setuju bahawa apa yang berlaku adalah tindakan bermotif politik untuk menjejaskan kerjaya siasah Anwar. Hanya 13 peratus sahaja tidak setuju dengan kesimpulan ini.
Hasil kajian di atas mungkin tidak boleh dijadikan satu indikator mutlak kepada seluruh isu yang dikaji. Tetapi, cukup untuk rakyat jelata mendapatkan gambaran jelas sebagai asas kepada seluruh perkembangan siasah di
Perincian kajian ini yang sepenuhnya boleh diakses menerusi http://www.merdeka.org/pages/Natl%20Poll%20July%202008%20-%20Release
2 ulasan:
Syukur kerana dah selesai masalah server. Lega rasanya.
Salam.
Terima kasih atas sokongan dan dorongan. Semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Allah SWT maha berkuasa !
Catat Ulasan