HALAMAN SANTAI

Isnin, 4 Ogos 2008

Alat perkukuh topang MRR2 putus
Utusan Online

KUALA LUMPUR - Keretakan pada topang tiang 28 Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran dengan Stesen Komuter Kepong disebabkan oleh tiga daripada 18 carbon fibre reinforced plastic (CFRP) pra-tegasan telah putus.

Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, CFRP itu adalah alat yang digunakan untuk memperkukuhkan topang tersebut yang pernah retak sebelum ini.

Bagaimanapun katanya, topang tersebut masih selamat untuk menampung kenderaan di atasnya.

``Sebagai langkah keselamatan, satu lorong terkiri kedua-dua belah jejambat akan ditutup sehingga topang pada tiang nombor 28 diperbaiki segera untuk membenarkan kesemua enam lorong dibuka kepada semua kenderaan.

``Kerja-kerja ini dijangka siap dalam tempoh tiga minggu,'' katanya.

Tiada ulasan: