Olimpik: Pasangan wanita
Walaupun berusaha untuk memberikan tentangan, beregu Malaysia itu tunduk
14-21, 19-21 pada perlawanan di gimnasium Universiti Teknologi Beijing, gelanggang pertarungan bagi merebut lima pingat emas acara badminton.
Ee Hui dan Pei Tty tidak pernah menang ke atas pasangan
Mereka memberikan tentangan yang sengit pada set kedua dengan berjaya mengikat 10-10 pada satu ketika dan merapatkan jurang daripada 13-18 kepada 18-18 sebelum tewas.
"Kami hanya dapat memberikan aksi setakat kirakira 70 peratus, kami terlalu perlahan pada set pertama," kata Pei Tty.
Acara beregu Sukan Olimpik hanya melibatkan 16 pasukan. Ee Hui dan Pei Tty merupakan wakil tunggal negara dalam acara beregu wanita.
Malam ini, Wong Mew Choo akan beraksi menentang Kerry Lee Harrington dari Afrika Selatan dalam pusingan kedua perseorangan wanita selepas kedua-dua pemain mendapat bye pada pusingan pertama. Pemain negara yang merupakan pilihan kelapan kejohanan itu sepatutnya tiada masalah layak ke pusingan berikutnya.
Mew Choo dilihat sebagai pemain yang agak sukar untuk difahami dalam saingan yang melibat trio handalan
Pemain
Ning, pilihan kedua kali ini, agak goyak dalam aksi pembukaan bagi mempertahankan pingat emasnya, apabila tewas set pertama tetapi bangkit semula untuk menundukkan Salakjit Ponsana dari Thailand 21-23, 21-17, 2-17 pada pusingan kedua.
"Setiap kali saya lawan Ponsana mesti susah. Saya gagal mendapat strategi yang baik dan sangat berhatihati dalam dua set pertama," kata pemain China berusia 33 tahun ini, yang akan bertemu Jun Jaeyoun dari Korea Selatan esok bagi merebut tempat ke suku akhir. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan