PULAU
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sokongan itu adalah selaras dengan semangat kerjasama yang kukuh antara PAS bersama pakatan pembangkang.
"Sebelum ini pun kita telah beri kerjasama yang baik. Pada pilihan raya kecil ini sekali lagi kita akan turun
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 16 Ogos, manakala pengundian pada 26 Ogos.
Ditanya tentang kekuatan jentera Pas yang akan membantu pada pilihan raya itu, beliau berkata, ia terpulang kepada keperluan Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional (BN).
Abdul Hadi berkata, Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat (JPRPP) akan menghantar seberapa ramai jentera Pas yang diperlukan bagi membantu pakatan pembangkang di Permatang Pauh.
"Kita akan selaraskan dengan PKR, PAS sebagai tetamu dan PKR akan mengepalai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat di sini, berapa mereka minta kita akan hantar.
"Kita akan tahu berapa ramai jentera selepas Pas Pulau Pinang mengadakan mesyuarat dengan Pakatan Rakyat petang ini," katanya. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan