Petani mahu kerajaan beri subsidi bulanan
KANGAR:
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata para petani itu, yang kebanyakannya terdiri daripada anggota Umno di kawasan jelapang padi, membuat usul itu dalam mesyuarat cawangancawangan Umno yang sedang berlangsung.
Katanya alasan mereka adalah kerana petani turut menghadapi kenaikan kos mengerjakan sawah akibat kenaikan harga minyak, maka mereka berhak menikmati subsidi bulanan seperti subsidi diesel sebanyak RM200 seperti yang diterima para nelayan setiap bulan.
Shahidan berpendapat tuntutan para petani itu wajar kerana petani juga berhadapan dengan masalah kenaikan harga minyak dan tertekan dengan harga padi yang masih rendah berbanding kenaikan harga beras.
Bekas menteri besar Perlis itu juga mendakwa terdapat kemerosotan pengeluaran hasil padi musim ini kerana masalah tanaman yang kurang subur dipercayai berpunca daripada penggunaan baja yang tidak sesuai.
Katanya para petani mendakwa baja yang digunakan menyebabkan badan mereka menjadi gatal.
Shahidan mencadangkan MADA menyiasat perkara itu dan melaporkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) jika terbukti wujud penyelewengan dalam pengagihan baja itu kepada para petani. BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan