Shirzad Lifeboat
Sekiranya falfasah memulakan penyiasatan penyalahgunaan kuasa seperti digunakan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) turut dikongsi oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (Corrupt Practices Investigation Bureau, CPIB) Republik Singapura, nampaknya tentulah Menteri Kanan Lee Kuan Yew ketika menjadi Perdana Menteri telah disiasat oleh badan tersebut kerana melantik anaknya Lee Hsien Long (Perdana Menteri Singapura kini) menjadi menteri kabinet.
Namun amalan seperti itu tidak dilakukan oleh CPIB. Di republik yang taraf hidup rakyatnya jauh lebih rendah dari rakyat
Walaupun peruntukan untuk kesalahan rasuah di republik tersebut adalah penjara
Selain daripada itu, menerusi sebuah Akta lain yang diluluskan pada tahun 1989, mahkamah juga boleh memerintahkan harta pesalah dirampas.
Namun bagi memulakan sesuatu penyiasatan berkenaan rasuah di Singapura bukti yang kukuh serta prima facie yang boleh diterima diperlukan.
Tentulah tidak profesional bagi badan itu memulakan penyiasatan semata-mata di atas kekuatan
Dan barangkali atas dasar inilah banyak aduan-aduan berupa
Namun piawian yang serupa nampaknya tidak digunapakai dalam proses memulakan penyiasatan ke atas negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS apabila menantu Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat disiasat kerana telah dilantik selaku Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Apakah BRP sebenarnya mahu memberitahu rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh pembangkang bahawa kelayakan profesional seseorang untuk memegang sesuatu jawatan dalam sektor awam dengan sendirinya luput sekiranya bapa, bapa mertua, ibu, datuk, nenek mereka adalah Menteri Besar negeri berkenaan?
Akta yang mana agaknya memperuntukkan larangan sedemikian? Jika akta tersebut memang wujud apakah ada peruntukan yang mengecualikan peruntukan tersebut dipakai terhadap negeri-negeri termasuk kerajaan pusat yang dikuasai Umno-BN.
Lagipun sejarah penyiasatan/tindakan membabitkan apa sahaja mengenai kerajaan Umno-BN menunjukkan BPR tidak memulakan siasatan hanya kerana sekeping
Apakah ada piawaian berbeza di antara amalan memulakan siasatan terhadap kerajaan PAS berbanding kerajaan Umno? - mks. _
Tiada ulasan:
Catat Ulasan