HALAMAN SANTAI

Isnin, 15 September 2014

Singkir Hadi bukan pendirian rasmi PasMa

ANTARAPOS.COM

 
Post Pic
 
 
 
SHAH ALAM: Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) tidak menafikan bahawa ada pihak yang mahu menyingkirkan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang ketika NGO itu mengadakan satu pertemuan di Kota Bharu, 31 Ogos lalu.
 
Tetapi menurut Presidennya Datuk Phahrolrazi Mat Zawawi, itu bukan pendirian rasmi PasMa sebaliknya pandangan peribadi sebilangan ahli PAS.
 
“Saya tidak nafikan isu ini dibangkitkan oleh peserta.
 
“Ketika berucap, pelbagai cadangan dan kritikan dibangkitkan kerana PasMa adalah platform untuk penyokong Pakatan Rakyat menyuarakan pandangan dan kritikan mereka.
 
“Tetapi kita tidak membuat sebarang pendirian,” katanya yang dipetik Malaysiakini.
 
Beliau merujuk kepada dakwaan anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan bahawa PasMa bertujuan menjatuhkan kepimpinan Hadi.
 
Menulis di laman Facebook semalam, anggota parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Bharu menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.
 
Phahrolrazi juga berkata, tidak timbul soal tuduhan itu kerana naik turun seseorang pemimpin ditentukan oleh perwakilan parti dalam persidangan tahunannya.

Tiada ulasan: