Aktivis kelestarian alam sekitar, Ili Farhana Norhayat berharap Sekolah
Kebun Akhir Minggu (SEKAM) yang diusahakannya akan dapat memupuk minat
generasi baru dalam penjagaan sumber dan perkebunan.
Beliau juga berhasrat agar program ini akan dapat memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai konsumerisme, pembaziran dan tabiat guna semula dan mendekati alam.
Eksekutif di sebuah NGO hak asasi antarabangsa itu berkata, program ini juga menekankan amalan kitar semula dengan mendedahkan teknik menggunakan semula barangan terpakai dari isi rumah.
“Kita kena pecahkan (persepsi) orang, ramai yang fikir mereka perlu beli semua keperluan,” katanya.
Jelasnya, sebahagian besar daripada bahan makanan organik itu boleh ditanam sendiri.
Program itu turut membuktikan bahawa bahan makanan organik yang lazimnya dijual dengan harga lebih tinggi di pasaran sebenarnya lebih murah jika ditanam sendiri, katanya.
“Bila kita soal pasal makanan organik, semua orang fikir ia makanan orang kaya dan itu pun kita harus pecahkan (pemikiran) itu,” kata Ili.
Program yang diadakan di sekitar kediamannya di Serdang ini menghimpunkan kanak-kanak dari usia seawal enam tahun dengan aktiviti menarik.
Kegiatan itu antara lainnya memberi pendedahan secara langsung untuk mengenali tumbuhan makanan dan kaedah perkebunan organik.
Jelasnya, kanak-kanak yang datang buat pertama kali akan diajar mengenai jenis tanaman, kaedah menyemai tanah dan memilih biji benih yang baik
Anak-anak itu seterusnya akan hadir pada dua minggu berikutnya untuk lihat hasil tanaman mereka, kata Ili yang mengusahakan projek berkenaan dengan suaminya, Akbar.
Tambahnya, projek berkenaan ditakrifkannnya sebagai perkebunan organik domestik berskala kecil, yang menggunakan teknik permakultur.
Teknik berkenaan menekankan kaedah yang membantu membangunkan habitat dan pertanian yang dimodelkan daripada ekosistem asli.
Menurut ibu kepada tiga cahaya mata ini lagi, beliau juga ingin mempromosi kegiatan berkebun sebagai aktiviti riadah yang sihat dan melatih diri untuk menjadi lebih berdisiplin.
“Kita akan jadi lebih berdisiplin kerana akan jadi terbiasa bangun pagi untuk siram pohon, lihat daun yang rosak, menyemai benih atau untuk kutip hasil tanaman.
“Saya sendiri sudah terbiasa bangun pagi untuk berkebun. Ia menjadi rutin seharian saya,” katanya yang mula mengusahakan tanaman berkenaan sejak empat tahun lalu.
Graduan dalam jurusan seni halus dari UiTM, Shah Alam ini juga gembira kerana dapat menjimatkan perbelanjaaan untuk sayur-sayuran.
Kebun di halaman rumahnya itu kini menghasilkan tanaman seperti terung, halia, daun bawang, lengkuas, bunga kantan, kangkung, bayam, jangung dan cili.
“Semuanya kami kutip dari kebun kami. Apabila tiba musim buah, rambutan dan mangga kami tak perlu beli lagi, dan jiran-jiran suka tukar buah dan sayur yang mereka tanam dengan kami," ujarnya.
Menurut Ili, program berkenaan juga akan membolehkan kanak-kanak yang sebaya berinteraksi sesama mereka dan juga dengan alam secara langsung.
Projek yang mengambil masa masa selama tiga hingga empat jam ini diadakan secara percuma dengan tempat terhad untuk 10 pelajar setiap minggu.
Sekolah SEKAM dapat dihubungi melalui emel kebunrumahkita@gmail.com dan laman sekolahkebunakhirminggu.tumblr.com.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan