MALAYSIAKINI
NGO BERSIH menggesa orang ramai mempertahankan mahasiswa
Universiti Malaya (UM) daripada tindakan yang didakwa "serangan" ke atas
kebebasan mahasiswanya.
Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah membuat kenyataan itu dengan
merujuk kepada tindakan UM mengenakan sembilan dakwaan terhadap aktivis
Fahmi Zainol.
Mahasiswa tersebut pada hujung minggu lalu mengetuai perhimpunan bagi
menyatakan sokongan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim
di kampus berkenaan.
Susulan itu, lapan lagi mahasiswa lain yang didakwa terlibat dalam
himpunan itu turut dipanggil untuk mempertahankan diri mereka.
"Pada 27 Oktober, anak muda ini membuktikan bahawa lebih ramai Fahmi akan muncul.
"Saya percaya semua rakyat Malaysia perlu bersama untuk mengakhiri
serangan terhadap mahasiswa dan bersatu, mempertahankan dan melindungi
kekbebasan akademik kita," kata Maria dalam kenyataannya.
Fahmi diarahkan menghadap lembaga disiplin UM pada 7 November akan datang untuk menjawab tuduhan-tuduhan ke atasnya.
Beliau perlu menjelaskan kepada pihak universiti akan tindakannya
menganjurkan dan menghadiri satu perhimpunan tanpa kelulusan naib
canselor, merosakkan reputasi universiti dan menggunakan pembesar suara
tanpa kelulusan.
Maria berkata tuduhan itu ganjil dan mencabuli asas kebebasan bersuara dan berhimpun.
“Jika UM menghormati hak-hak mahasiswa untuk mengadakan acara itu dan
tidak mengada-adakan sekatan untuk menghalangnya, reputasi universiti
pasti tidak akan tercalar," kata Maria
Tiada ulasan:
Catat Ulasan