HALAMAN SANTAI

Ahad, 2 November 2014

Harga minyak dunia turun, Kerajaan patut turunkan harga RON95

SELANGOR KINI


SHAH ALAM : Kerajaan Pusat patut menurunkan harga minyak RON95 ekoran harga minyak global mencatatkan penurunan.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata, Kerajaan Pusat perlu menyatakan pendirian memandangkan tindakan mereka bercanggah dengan trend harga minyak mentah di peringkat global.

harga-minyak-naik-20-sen


Katanya, Kerajaan Pusat juga tidak patut mengenakan cukai jualan petroleum bagi mendapatkan keuntungan disebabkan keuntungan kecil dari Petronas.

“Bajet 2014 menjangkakan harga minyak mentah berada pada paras AS$110 setong sementara Bajet 2015 menjangkakan AS$105 setong. Namun harga semasa berada pada paras AS$80 hingga AS$85 setong.

“Kejatuhan harga minyak dan pengurangan subsidi menyebabkan pendapatan kerajaan jatuh sekurang-kurangnya 30%, yang datangnya dari keuntungan berkaitan petroleum Petronas,” katanya dalam kenyataan media.

Liew berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menolak cadangan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan untuk mengenakan cukai jualan petroleum jika harga minyak global terus turun.

Katanya, tidak adil kepada rakyat jika cukai jualan dikenakan apabila harga minyak mentah jatuh di bawah harga jualan semasa.

“Najib mesti menolak pilihan itu,” katanya.

Tiada ulasan: