HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Julai 2015

Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM

MALAYSIAKINI


 


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik menjadi timbalannya, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain Muhyiddin, lima orang menteri dan seorang timbalan menteri digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet.

"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya.

Tegasnya, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

"Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

"Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

Berikut adalah perubahan baru yang diumumkan Najib:

Menteri Kabinet

Datuk Wilfred Madius Tangau – Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Hamzah Zainudin – Sumber Manusia
Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar – Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri Mahdzir Khalid – Pendidikan
Datuk Seri Azalina Othman – JPM
Datuk Seri Ong Ka Chuan – Perdagangan Antarabangsa dan Industri II
Datuk Seri Mohd Salleh Said Keruak – Komunikasi dan Multimedia

Timbalan menteri

Datuk Mohd Johari Baharum – Pertahanan
Datuk Mas Ermieyati Samsudin – Pelancongan dan Kebudayaan
Datuk Nur Jazlan Mohamed – Dalam Negeri
Dato Dr  Asyraf Wajdi Dusuki – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Chong Sin Woon – Pendidikan
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican – Luar Negeri
Datuk Ahmad Jazlan Yaakob – Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Masir Kujat – Dalam Negeri
Datuk Johari Abdul Ghani – Kewangan
Datuk Ahmad Maslan – Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menteri digugurkan

Tan Sri Muhyiddin Yassin –  Pendidikan
Datuk Seri G Palanivel – Sumber Asli dan Alam Sekitar
Datuk Seri Shafie Apdal – Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Datuk Ewon Ebin – Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk Seri Hasan Malek – Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Timbalan menteri digugurkan

Datuk Abd Rahim Bakri – Pertahanan


Tiada ulasan: