Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata serangan ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad oleh media Umno akan hanya menyebabkan kedudukan BN semakin lemah.
"Saya bersetuju Tun Mahathir ibarat bapa kita. Bekas PM itu ada banyak idea," kata Muhyiddin sambil menegaskan bahawa beliau tidak pernah ada masalah dengan Mahathir.
"...lagi anda hentam, lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh," katanya ketika berucap menutup mesyuarat perwakilan Umno bahagian Cheras malam tadi.
Muhyiddin menegaskan demikian ketika berucap di mesyuarat agung Umno Cheras malam tadi.
Mengenai pertemuannya dengan Mahathir, Muhyiddin menegaskan bahawa ia hanya merupakan pertemuan biasa.
Tiada yang sulit, katanya sambil menambah bahawa beliau berkomunikasi dengan Mahathir dan kemudiannya beliau menjelaskannya kepada kabinet kerana tak mahu ada salah faham.
Katanya, Mahathir bimbang dengan kedudukan Najib kerana beliau mengenangkan sejarah Tun Razak menerimanya semula ke dalam Umno.
Mahathir, tambahnya, memberi pandangan apabila timbul isu berkaitan dengan Najib.
"Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan