HALAMAN SANTAI

Selasa, 28 Julai 2015

Shafie bersuara demi Umno, rakyat

MALAYSIAKINI



 
 
 
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, penggugurannya daripada kabinet adalah hak perdana menteri yang boleh membuat rombakan apabila dirasakan perlu.

Di sebalik sikapnya itu bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah itu berkata, selama ini beliau memperjuangkan kepentingan rakyat dan sentimen akar umbi.

"Pandangan yang saya berikan (sebelum ini) adalah untuk menguatkan Umno dan niat ini bertujuan untuk meletakkan negara di landasan yang sepatutnya," kata Mohd Shafie.

Bagaimanapun, kata Ahli Parlimen Semporna itu berkata jika sikapnya demi rakyat itu dianggap tidak selari dengan pendirian Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri berhak membuat rombakan.

"Sejak memegang jawatan (dalam) kabinet, saya telah menjalankan amanah dan tanggungjawab yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya masyarakat di luar bandar," katanya.

Shafie adalah salah seorang menteri yang digugurkan daripada kabinet Najib dalam pengumuman mengejut perdana menteri hari ini.

Turut tersingkir, Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tempat Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri kini disandang seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Shafie dan Muhyiddin adalah antara menteri yang dilihat sering menyuarakan pandangan yang tidak selari dengan Najib dalam isu membabitkan 1MDB. 
 
 
 

Tiada ulasan: