HALAMAN SANTAI

Isnin, 27 Julai 2015

Najib terleka dengan pujian

Perbuatan bodek tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada rakyat.


shahbudin_-najib_1mdb_bank_600



PETALING JAYA: Kemelut 1MDB ini tidak boleh lagi ditangani dengan bodek, ampu atau puji-pujian.
Sebaliknya, semua peringkat UMNO perlu menghentikan perbuatan itu kerana ia akan melekakan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin jika berterusan ia tidak akan
membawa kebaikan kepada rakyat.

Dia menjelaskan kebimbangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai isu 1MDB yang turut mengaitkan Najib tidak bermakna jika tidak disambut oleh ahli UMNO yang lain.

Jelasnya, apa yang disebut Timbalan Presiden UMNO itu mencakupi keseluruhan kebimbangan rakyat dan ahli parti di peringkat akar umbi.

“Ia bukan saja berkaitan hutang, pelaburan, Jho Low dan pelbagai keraguan lain mengenai syarikat pelaburan itu.

“Tetapi lebih membingungkan ialah tidak pernah sebelum ini mana-mana Perdana Menteri dituduh menerima kemasukan wang ke dalam akaun peribadi sebesar RM2.6 bilion jumlahnya,” katanya.

Ujar Shahbudin lagi, tuduhan yang dilemparkan kepada Najib tidak dijawab dengan mantap hingga menyebabkan berlegarnya pelbagai spekulasi liar mengenainya.

“Ia menyebabkan pengundi tegar pembangkang dan atas pagar bertekad untuk terus menjauhi kerajaan, malah penyokong Barisan

Tiada ulasan: