HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Ogos 2015

SELEPAS BERSIH 4, APAKAH DEMO "UNDUR NAJIB" AKAN MENGAMBIL GILIRANNYA PULA?

shahbudindotcom.

 
 
Sambutan kemerdekaan tahun ini pastinya tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini ia lebih diwarnai dengan jeritan "undur Najib" berbanding suara nostalgia bagaimana kemerdekaan negara dicapai sejak 58 tahun lalu.

Karenah Najib Razak dalam memimpin negara, terutama berkaitan wang RM2,600 juta yang masuk ke dalam akaun peribadinya dan kemudian diisytiharkan sebagai derma, adalah penyumbang utama kepada kelainan aroma dalam sambutan kemerdekaan kali ini.

Himpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos selama 34 jam yang berjalan dengan lancar, aman dan baik tetapi turut menjadikan tuntutan mendesak pengunduran Najib sebagai sasarannya, menambahkan lagi sambutan kemerdekaan kali ini seperti sudah beralih arah serta tujuannya.

Malah, tahun ini ada yang mengatakan rakyat sebenarnya tidak merdeka, kecuali jika Najib Razak dapat diundurkan sebagai Perdana Menteri dengan segera.

Di mana-mana pula, sambutan kemerdekaan dan pengibaran bendera Malaysia tidak lagi semeriah tahun-tahun sebelumnya. Ia bukanlah kerana ramai yang dah mula benci dan tidak bersyukur dengan negara ini, tetapi lebih sebagai tanda protes terhadap sang Perdana Menteri yang semakin tidak dikehendaki lagi.

Yang lebih mengejutkan dalam himpunan Bersih 4 kali ini pula, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah menunjukkan semangat luar biasa dan kegigihannya untuk "mengerjakan" Najib agar dapat segera dipindahkan keluar dari Seri Perdana dengan kesanggupan turut sama dalam acara itu.

Meskipun tidak pernah turun dan selalu tidak menyokong demonstrasi jalanan sebelum ini, tetapi Tun Mahathir sanggup turun dua kali dalam Bersih 4 kali ini. 

Semangat dan kegigihannya yang sanggup turun sebanyak dua kali dalam Bersih 4 ini tentunya mengingatkan kita bagaimana kerapnya beliau pergi untuk melihat pembangunan Putrajaya, KLCC dan Langkawi ketika menjadi Perdana Menteri dahulu.

Untuk memastikan sesuatu usahanya itu berjaya, Tun Mahathir biasanya akan meluangkan lebih banyak masa bagi menunjukkan komitmennya. 

Beliau kemudian memberitahu, kehadirannya dalam Bersih 4 ialah untuk bersolidariti bersama rakyat yang mahu mendesak perletakan jawatan Najib sebagai Perdana Menteri.

Dalam temubual dengan media kemudiannya, Tun Mahathir berkata, demonstrasi jalanan merupakan satu-satunya jalan untuk menyingkirkan Najib, sama seperti yang pernah dilakukan oleh rakyat Filipina terhadap Ferdinand Marcos suatu ketika dahulu.

"Kalau kerajaan dah tak peduli undang-undang, kita terpaksa gunakan demontrasi jalanan. Lihat Marcos, beliau telah dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan," tegasnya lagi.

Beliau kemudian menambah lagi, "jika kerajaan tak bubarkan pasukan petugas khas itu, saya tidak akan hadir sebanyak dua kali dalam demonstrasi ini."

Walaupun gambarannya seperti Tun Mahathir menyokong demonstrasi jalanan, beliau juga menyarankan Ahli-Ahli Parlimen BN agar bersama-sama mengusulkan undi tidak percaya terhadap Najib bagi menyelamatkan negara ini.

Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang sayangkan parti juga  seharusnya menyokong usul tidak percaya itu, tambah Tun Mahathir lagi.

Persoalannya, apakah selepas ini lebih banyak himpunan rakyat atau demonstrasi jalanan mirip Bersih 4 yang bertujuan mendesak pengunduran Najib akan berlaku dalam negara kita?

Apakah kehadiran Tun Mahathir sebanyak dua kali dalam Bersih 4 adalah isyarat awal bahawa demo "undur Najib" adalah projek terbaru yang akan digigihinya selepas ini sebagaimana dilakukannya ketika membangunkan Putrajaya, KLCC dan Langkawi dahulu?

Apakah dengan mula mengambil contoh kejatuhan Marcos di Filipina, Tun Mahathir secara tersiratnya mula memancing kebersamaan rakyat yang  ingin melihat pengunduran Najib agar bersedia dengan lebih banyak demostrasi jalanan lagi?

Apakah juga, melalui gembar-gembur mengenai demonstrasi jalanan  yang disebut oleh Tun Mahathir ini akan segera membuka mata Ahli-Ahli Parlimen BN, khususnya UMNO untuk tidak berlengah lagi menjadikan undi tidak percaya itu sebagai kenyataan bagi mengelakkan lebih banyak kerosakan kepada ekonomi dan perpaduan dalam negara?

Lagi pula, ramai pemimpin UMNO sendiri jika ditanya secara diam-diam, turut tidak menafikan kesukaran untuk BN mengekalkan kuasanya jika keadaan seperti sekarang berterusan memandangkan Najib sudah menjadi liabiti yang terlalu berat untuk dipikul. 

Tujuh Ahli Parlimen PAS Bakal Sertai Parti Baharu

MSTAR ONLINE


ghb


PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya tujuh Ahli Parlimen PAS akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) yang akan mengumumkan pembentukan parti baharu pada sambutan Hari Kebangsaan negara, Isnin.

Setiausaha GHB, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, PAS hanya boleh memecat mereka daripada parti, tidak di peringkat parlimen atau kerusi negeri.

"Pemimpin PAS yang akan menyertai parti baharu ini kekal sebagai Ahli Parlimen dan wakil rakyat kerana kami membentuk gabungan baharu Pakatan 2.0 dengan kerjasama DAP dan PKR," katanya.

Tindakan tujuh Ahli Parlimen itu dilihat akan menggugat penguasaan parti Islam itu di Parlimen, sekali gus menyukarkan mereka untuk memastikan agenda hudud menjadi realiti.

Antara Ahli Parlimen yang akan menyertai GHB adalah, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu), Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja).

Turut bersama mereka adalah Kamarudin Jaffar (Tumpat), Khalid Samad (Shah Alam) dan Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai).

"Mereka akan menyertai parti baharu secara rela hati," kata Dzulkefly.

GHB juga tidak menghiraukan pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Pendaftar Pertubuhan akan menolak permohonan untuk membentuk parti baharu yang dikenali sebagai Parti Progresif Islam.

Mujahid berkata, mereka akan mengumumkan pembentukan parti baharu itu pada Hari Merdeka.

"Kami tidak tahu kenapa RoS menolak nama parti itu. Islam ada agama rasmi negara.

"Sepatutnya tiada masalah  untuk menggunakan perkataan Islam sebagai nama parti, kecuali mereka cuba menyukarkan GHB untuk membentu parti baharu," katanya.

Berhubung dakwaan pihak RoS bahawa GHB tidak mengemukakan sebarang kertas cadangan untuk membentuk parti baharu, Mujahid berkata, banyak parti tidak aktif yang boleh digunakan.

"Islam akan tetap menjadi asas kepada parti baharu kami," katanya.

KM Melaka: Tindakan pada Dr M keruhkan keadaan

MALAYSIAKINI


 


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron percaya situasi politik negara akan menjadi keruh sekiranya tindakan dikenakan ke atas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menyertai perhimpunan Bersih 4.

Idris berkata pada masa ini ruang perbincangan serta peluang negarawan itu 'kembali ke pangkal jalan' luas terbuka dan khuatir tindakan itu mungkin menutup segala jalan untuk menjernihkan situasi politik di negara ini.

Beliau juga percaya ada pihak yang tidak bertanggungjawab mendorong atau mempengaruhi Tun Dr Mahathir dengan memberikan maklumat tidak tepat berasaskan emosi serta persepsi, sehingga beliau menyertai perhimpunan itu.

"Beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu di luar kebiasaan (apabila menyertai Bersih 4) yang saya percaya ada pihak tidak bertanggungjawab di sebaliknya," katanya kepada pemberita selepas mengadiri Perarakan Hari Kebangsaan 2015 Peringkat Negeri Melaka di Bandar Hilir di Melaka hari ini.

Idris berkata kerajaan negeri mengecam sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang menganjurkan perhimpunan Bersih 4 di sekitar Bandaraya Melaka sejak Sabtu lepas.

"Mereka ingin merosakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan menunjukkan kepada masyarakat antarabangsa tema Sehati Sejiwa tidak berlaku di negara ini, saya tegaskan mereka (penganjur Bersih 4) gagal kerana kita rakyat Malaysia bersatu menyambut kemerdekaan negara hari ini dengan meriah dan gembira," katanya.-Bernama


GHB ambil alih parti tak aktif

Adrian Wong





Gerakan Harapan Baru (GHB) mengumumkan bahawa kumpulan itu akan mengambil alih Parti Pekerja-Pekerja Malaysia dan menamakannya semula sebagai Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketua GHB Mohamad Sabu berkata, butiran lanjut akan diumumkan pada pelancaran rasmi pada 16 September ini.

Mohamad, ketua protem parti baru, berkata parti baru itu menjangkakan seramai 35,000 ahli menjelang pelancarannya.

Beliau menjelaskan bahawa kesukaran untuk menubuhkan parti baru maka GHB memutuskan untuk mengambil alih parti yang tak aktif.

"Pada tanggal keramat hari ini, kami, Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasminya mengumumkan bahawa kami telah pun memutuskan untuk muncul melalui sebuah parti politik golongan pekerja dengan mengekalkan namanya "Parti Pekerja".

"Ada pun pindaan nama serta perlembagaan parti akan kita dikemukakan kepada ROS (perdaftar pertubuhan) selepas diputuskan bersama," katanya dalam sidang media petang ini.

Parti Pekerja Malaysia ditubuhkan pada 1978 oleh Ganga Nayar, wanita pertama yang mengetuai parti politik di Malaysia. parti itu hanya menyertai satu pilihan raya umum ada 1978.

Mohamad akan mengetuai jawatankuasa penaja parti baru itu dengan bekas naib presiden PAS Salahuddyin Ayub sebagai timbalannya dan bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang sebagai penasihat.[Baca berita asal]

Sementara itu Bernama melaporkan HB merupakan platform bagi golongan profesional PAS yang dikatakan kecewa selepas ditolak anggota parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Mat Sabu berkata, kesemua keanggotaan mereka dalam PAS secara rasminya gugur sejurus HB mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia.

Sebelum ini, gerakan itu berhajat untuk menggunakan nama Parti Progresif Islam (PPI), sebagai nama rasmi parti politiknya, namun RoS menolak permohonan itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi, yang juga menteri dalam negeri, sebelum ini dilaporkan berkata bahawa permohonan itu ditolak kerana Islam adalah hak untuk semua orang yang beragama Islam dan penggunaan nama itu pada parti politik boleh menyebabkan kekeliruan.

Pada sidang media sama, Mat Sabu turut mengumumkan jawatankuasa Amanah, yang diketuai beliau sebagai pengerusinya, Ahmad Awang sebagai penasihat umum, bekas naib presiden PAS Salahudin Ayub sebagai timbalan pengerusi, anggota Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sebagai naib pengerusi, anggota Parlimen Kota Raja Dr Mariah Ahmad sebagai ketua wanita, dan Mohd Sany Hamzan sebagai ketua pemuda.

Selain itu, turut dilantik dalam jawatankuasa itu ialah Mohd Anuar Mohd Tahir sebagai setiausaha agung, Asmuwi Ani sebagai bendahari agung dan bekas ketua pemuda PAS Suhaizan Kaiat sebagai setiausaha organisasi.

Sementara itu, antara bekas pemimpin PAS yang tersenarai sebagai anggota jawatankuasa Amanah ialah anggota Parlimen Kuala Krai Dr Mohd Hatta Md Ramli, anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad, anggota Parlimen Sepang Mohd Hanifa Maidin, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin, dan Timbalan Pesuruhjaya PAS 1 Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi.

Mat Sabu berkata, pihaknya menjangkakan seramai 35,000 anggota akan didaftarkan menjelang pelancaran rasmi parti itu pada September depan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan menunggu kelulusan RoS sebelum mula membincangkan dengan DAP dan PKR tentang penubuhan Pakatan Rakyat 2.0.

Selain itu, mereka juga akan melihat perkembangan terkini mengenai situasi di Sarawak sebelum memutuskan untuk bertanding atau tidak dalam pilihan raya negeri yang dijangka dalam masa terdekat.

Tambahnya, buat masa ini, Amanah akan mengadakan kerjasama politik dengan kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan yang masing-masing dipimpin DAP, PKR dan PAS.


Bersih 4.0 sedia disiasat pihak berkuasa‎

Bersih 4.0 sedia disiasat pihak berkuasa‎
Marina (duduk, tiga dari kiri) selepas sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini.
 
 
KUALA LUMPUR - Penganjur perhimpunan Bersih 4.0 bersedia untuk disiasat oleh pihak berkuasa.
 
Pengerusi Bersih, Marina Chin Abdullah berkata, pihaknya bersedia dengan apa-apa kemungkinan ataupun  tindakan yang bakal diambil.
 
"Sekiranya dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi keterangan, saya sedia untuk bekerjasama," katanya dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur, di sini hari ini.
 
Menurutnya, beliau yakin perhimpunan tersebut berlangsung mengikut lunas undang-undang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
 
Setakat ini, katanya, beliau belum dihubungi polis untuk memberikan keterangan berkaitan perhimpunan itu.
 
Dalam pada itu, Marina berkata, pihaknya berharap cadangan berkaitan isu undi tidak percaya kepada Perdana Menteri akan disokong oleh mana-mana ahli Parlimen.
 
"Sekiranya Perdana Menteri meletakkan jawatan, kami minta supaya sebuah kerajaan transisi (peralihan) ditubuhkan dan pilihanraya umum dijalankan dalam tempoh lapan hingga 12 bulan," katanya.
 
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Bersih cawangan Malaysia Selatan, Thomas Fann berkata, pihaknya kesal dengan beberapa insiden yang berlaku sepanjang perhimpunan itu diadakan.
 
Di antara kejadian yang berlaku ialah insiden keracunan makanan, kereta salah seorang peserta terbakar dan letupan kecil yang mencederakan dua orang peserta.
 
"Kami sudah membuat laporan polis terhadap kesemua insiden ini dan polis kini sedang menjalankan siasatan ke atas kesemua kes ini.
 
Kami sedang mengikuti perkembangan semua kes ini dan berharap semua kes ini dapat diselesaikan," katanya. 


Utusan nasihatkan BN lupakan Cina selepas Bersih 4

THE MALAYSIAN INSIDER


 Akhbar Utusan Malaysia mendakwa sokongan kaum Cina dalam Bersih 4 membuktikan sebahagian besar mereka kini punyai ‘keberanian luar biasa’ menunjukkan protes mereka secara terbuka kepada kerajaan, bukan lagi secara senyap-senyap melalui peti undi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015. Akhbar Utusan Malaysia mendakwa sokongan kaum Cina dalam Bersih 4 membuktikan sebahagian besar mereka kini punyai ‘keberanian luar biasa’ menunjukkan protes mereka secara terbuka kepada kerajaan, bukan lagi secara senyap-senyap melalui peti undi. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
Akhbar Utusan Malaysia menasihati Barisan Nasional (BN) supaya berhenti bersusah-payah meraih sokongan daripada kaum Cina kerana usaha tersebut tidak akan membuahkan hasil.

Pengarang Zulkiflee Bakar berkata, perkara tersebut jelas kelihatan apabila mendakwa majoriti peserta yang hadir pada perhimpunan 34 jam Bersih 4 hujung minggu lalu, daripada kaum Cina.
 
"Mereka lebih percaya kepada DAP yang dibantu oleh PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB). Oleh itu, tidak perlulah bersusah-payah untuk berusaha bermati-matian meraih sokongan kelompok tersebut.

"Berpada-padalah melakukan kebaikan dan biarlah ia bertempat," tulisnya dalam akhbar milik Umno itu hari ini. 
 
 Zulkiflee berkata, sokongan kaum Cina itu membuktikan sebahagian besar mereka kini punyai "keberanian luar biasa" menunjukkan protes mereka secara terbuka kepada kerajaan, bukan lagi secara senyap-senyap melalui peti undi seperti mana yang mereka lakukan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
 
"Berdasarkan keputusan PRU sejak 2008, menunjukkan BN buatlah apa sahaja, belum tentu akan mampu mengembalikan sokongan majoriti kaum Cina kepada parti berkenaan.
 
"Dan pendirian kaum itu terhadap BN semakin terserlah, jika perhimpunan haram Bersih mahu dijadikan ukuran," katanya.
 
Beliau berkata, perhimpunan itu tidak memberikan sebarang keuntungan kepada negara, sebaliknya hanya mencemarkan imej Malaysia dan lebih daripada itu, ia isyarat jelas siapa yang akan lebih berkuasa apabila orang Melayu terus berpecah-belah.
 
"Jangan biarkan berlaku keadaan, 'kerbau yang membajak, kucing yang kenyang.' Apa maksudnya? Jawapannya ada pada kita semua!" katanya.
 
Perhimpunan Bersih 4 pada 29 dan 30 Ogos itu, yang diisytiharkan haram oleh polis, dianjurkan kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 yang antara lain menuntut pilihan raya yang bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang bersih.
 
Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan masing-masing pada tengah malam kelmarin dan tengah hari semalam.


Pakatan Rakyat tidak ikhlas perjuang hak, kata Nur Jazlan

THE MALAYSIAN INSIDER



Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang patut tawar tempat untuk perhimpunan Bersih 4, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang patut tawar tempat untuk perhimpunan Bersih 4, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor dan Pulau Pinang sepatutnya menawarkan tempat kepada penganjur perhimpunan Bersih 4 sekiranya mereka ikhlas dalam memperjuangkan hak bersuara dan berhimpun.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata sejak Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 diluluskan, kerajaan Selangor dan Pulau Pinang tidak menawarkan tempat khas seperti yang dinyatakan dalam akta berkenaan untuk tujuan berhimpun.
 
"Ahli politik pembangkang termasuk penganjur Bersih menggunakan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan tanpa senjata.

"Tetapi bagaimana pula dengan Perkara 10(2)(b) yang menyatakan mengenai hak dan kebebasan orang lain seperti menikmati secara aman harta bendanya, hak kebebasan bergerak, hak menikmati persekitaran semula jadi dan hak untuk menjalankan perniagaan," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. 
 
Malah, Nur Jazlan berkata kerajaan melalui Polis Diraja Malaysia pula yang memberi ruang kepada mana-mana pihak untuk berhimpun secara aman seperti yang digariskan dalam akta berkenaan.
 
Ini termasuk membenarkan Stadium Merdeka digunakan untuk 'Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112' pada 12 Januari, 2013 serta Stadium Kelana Jaya untuk 'Blackout 505' pada 8 Mei 2013, katanya.
 
Beliau berkata pemimpin PR hanya menimbulkan api kebencian kepada kerajaan pusat kerana tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4 diadakan, sedangkan kerajaan PR di Selangor dan Pulau Pinang hanya berdiam diri.
 
"Jika diadakan di sana (Selangor dan Pulau Pinang), mungkin kerajaan negeri dapat menyediakan makanan dan kelengkapan lebih selesa kepada peserta Bersih 4 sehingga mereka tidak perlu membawa makanan dan khemah sendiri," katanya.
 
Nur Jazlan berkata sikap tidak ikhlas PR di Selangor terbukti apabila Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang sebelum ini pernah membenarkan Stadium Shah Alam dijadikan tempat berhimpun, menarik balik kebenaran tersebut tanpa sebab.
 
Beliau turut menyelar pengamal undang-undang yang bersikap selektif dalam mentafsir APA 2012 dengan menyatakan rakyat bebas berhimpun di mana-mana, sedangkan perhimpunan itu seharusnya mendapat persetujuan polis dan kebenaran pemilik tempat berkenaan. – Bernama


Baiah wakil rakyat PAS tidak sah lepas Pakatan terkubur, kata Ahmad Awang



Baiah yang dilafazkan wakil rakyat PAS ketika pilihan raya umum lalu terbatal apabila Pakatan Rakyat terkubur, kata Penasihat Parti Pekerja Ahmad Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.Baiah yang dilafazkan wakil rakyat PAS ketika pilihan raya umum lalu terbatal apabila Pakatan Rakyat terkubur, kata Penasihat Parti Pekerja Ahmad Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider. 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Baiah yang pernah dilafazkan wakil rakyat PAS meninggalkan parti itu untuk menubuhkan parti baharu tidak lagi sah selepas Pakatan Rakyat (PR) secara rasminya terkubur, kata Ahmad Awang.
 
Penasihat Parti Pekerja itu berkata wakil rakyat yang menyertai parti itu tidak perlu bimbang kerana kemenangan mereka dalam pilihan raya umum lalu hasil kerjasama Pakatan Rakyat (PR) dan bukan atas faktor PAS semata-mata.
 
“Oleh kerana kemenangan mereka dulu atas nama PR dan ketika berbaiah sebagai calon walaupun atas nama parti tetapi hakikatnya atas PR.

“Sekarang PR dah roboh maka tidak sah lagi apa yang terikat dalam baiah tersebut,” katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur. Ahmad berkata kemenangan PAS dalam pilihan raya umum (PRU) lalu terbukti mendapat sokongan luar apabila ramai penyokong DAP turut sama pulang mengundi calon parti Islam itu.
 
“Calon PAS yang menggunakan lambang bulan bertanding bukan atas nama PAS sendirian tetapi nama PR.
 
“Sebab itu di mana DAP tidak bertanding seorang calon pun seperti di Terengganu tetapi DAP mendukung calon PAS sehingga penyokong DAP daripada kaum Cina balik ke negeri sejauhnya datang dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Hong Kong dan Singapura menyebabkan PAS boleh menang kerusi yang dulu kalah,” katanya.
 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini mengingatkan wakil rakyat yang menang dalam pilihan raya umum pada 2013 atas tiket PAS perlu mengosongkan kerusi jika mereka menyertai parti baharu yang dirancang kumpulan serpihan Gerakan Harapan Baru (GHB).
 
Katanya, mereka yang menyertai Parti Amanah Rakyat, yang dijangka dilancarkan pada Hari Kebangsaan, perlu meletak jawatan sebagai wakil rakyat kerana melanggar sumpah baiah kepada parti Islam itu.
 
"Terpulang kepada maruah mereka. Mereka membuat sumpah baiah sebagai wakil rakyat PAS.
 
"Mereka mengangkat sumpah, berjanji. Jadi, mereka sepatutnya meletak jawatan dan kosongkan kerusi," katanya.


Polis nafi tahan Maria China

ANTARAPOS.COM


Post Pic

 
KUALA LUMPUR: Polis menyangkal dakwaan ketua Bersih 2.0 yang  juga aktivis, Maria Chin Abdullah ditahan selepas perhimpunan Bersih 4 tamat.
 
Sebuah portal berita mendakwa pemimpin Bersih itu ditahan pada pukul 12.40 pagi Isnin untuk membantu siasatan.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tanjuddin Md Isa menyifatkan laporan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak berasas.
 
"Kami tidak menahan Maria. Saya tidak tahu dari mana mereka mendapat maklumat itu," katanya.
 
Tajuddin juga menggesa semua pihak supaya tidak menyebarkan laporan yang tidak disahkan bagi mengelak sebarang provokasi.
 
 

Polis siasat gambar Najib, Hadi dipijak semasa Bersih 4

ANATARAPOS.COM


Post Pic

 
Pihak polis sedang menyiasat insiden gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dipijak semasa perhimpunan Bersih 4, lapor Sinar Harian.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan perkara itu.
 
"Kes tersebut masih di dalam siasatan," katanya kepada Sinar Harian.
 
Foto yang tersebar luas di laman sosial sejak pagi semalam itu turut mempamerkan kapsyen "Kurang ajar upacara pijak gambar Tuan Guru."
 
Dilaporkan, polis  menerima 27 laporan mengenai perhimpunan Bersih 4 sehingga jam 10.45 malam tadi dan membuka 5 kertas siasatan.
 
Tajudin berkata 14 daripada laporan itu dibuat kelmarin dan selebihnya dibuat semalam.
 
Beliau berkata seorang lelaki berusia 21 tahun ditahan di Dataran Merdeka semalam kerana berkelakuan lucah dan gagal menunjukkan kad pengenalan.
 
Hampir tengah malam, bilangan mereka yang berhimpun semakin ramai di Dataran Merdeka ketika mereka mendengar ucapan dan menyanyi sambil menari.
 
Bagaimanapun, Tajudin berkata keadaan masih terkawal dan polis berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
 
Perhimpunan Bersih 4 selama 2 hari anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang diisytiharkan haram oleh polis antara lain menuntut pilihan raya bersih dan adil serta sebuah kerajaan yang bersih.
 
Di Kuching dan Kota Kinabalu, penganjur menghentikan perhimpunan masing-masing pada tengah malam kelmarin dan tengah hari semalam.
 
 

Digantung tugas kerana ubah azan Solat Subuh

 
Muazin menggantikan seruan azan “solat lebih baik daripada tidur” kepada “solat lebih baik daripada menghabiskan masa dengan Facebook


ubah-azan


PETALING JAYA: Seoran muazin atau tukang azan di Mesir digantung tugas selepas bertindak sengaja mengubah suai laungan azan subuh.

Tindakan diambil ke atas ulamak Mahmoud al-Moghazi selepas dia menggantikan seruan azan “solat lebih baik daripada tidur” kepada “solat lebih baik daripada menghabiskan masa dengan Facebook”.

Menurut laporan BBC, jemaah di bandar Kafr al-Dawar yang marah dengan perbuatannya kemudian melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Ekoran itu, dia digantung tugas sementara siasatan dilakukan.

Dia bagaimanapun mengancam akan melakukan mogok lapar dan merayu Presiden Abdel Fattah al Sisi menarik balik keputusan yang dibuat ke atasnya

Dalam sebuah rancangan televisyen pada Ahad, salah seorang jemaah menuduh al Moghozi sebagai mengamalkan ajaran yang menyeleweng.

http://www.bbc.com/news/world-middle-east-34105141

Bantahan Bersih 4.0 kerja bodoh-anak Zahid Hamidi


 
 
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menggunakan bahasa kasar untuk meluahkan pandangannya


Nurulhidayah-Ahmad-Zahid_cmmt_600_1


PETALING JAYA: Anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan peserta yang menyertai demonstrasi Bersih 4.0 sebagai kerja bodoh.

Bukan setakat itu, dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Nurulhidayah Ahmad Zahid turut menggunakan bahasa kasar untuk meluahkan pandangannya.

“Nak sangat pertahankan NEGARA konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan. Pegi Ops Pasir.. segala mak bapak Ops korang bole rasa,” katanya di Facebook.

Dalam status yang dikongsinya, Nurulhidayah mendakwa satu ketika dahulu dia pernah melakukan tindakan serupa.

“Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang mcm tu dulu. Tapi zaman sekarang dah tak releven babe kat atas jalan ni! Negara luar tu dok perhati jer nak Malaysia ni huru hara,” jelasnya lagi

Bersih 4: Sehati Sejiwa Tolak Bn



Oleh Mazlan Aliman


Himpunan BERSIH 4 telah melabuhkan tirainya. Pertama kali dibuat selama dua hari. Bagi mereka yang hadir dapat menyaksikan sendiri suasananya dan membuat ulasan mengenainya.

Andaian huru hara sehingga kononnya Angkatan Tentera sedia campurtangan, amaran keras Timbalan
Perdana Menteri termasuk menahan peserta dan merampas baju kuning BERSIH 4, dakwaan penganjur BERSIH bersekongkol dengan Yahudi antarabangsa, kebimbangan berlakunya sex bebas, dan pesta minum arak; terjawab dengan sendirinya. Ia andaian semata mata.

Hakikatnya, BERSIH 4 memaparkan iltizam rakyat berbilang kaum yang cintakan Malaysia. Himpunan yang berlaku di ambang kemerdekaan negara ke 58, jelas sekali membangkitkan semangat patriotik rakyatnya.

Solat Hajat di awal Himpunan moga majlis berjalan lancar, Solat Fardu berjemaah samada di sekitar dataran Merdeka maupun di Masjid Jamek Kuala Lumpur, Tazkirah oleh Dato' Husam Musa, ucapan Ust Ahmad Awang, Hj Mohamad Sabu dan berbagai aktiviti dapat disempurnakan dengan jayanya.

Memang pada hari pertama, dominasi 80% demonstran Cina menyerlah. Namun, ia berubah pada hari kedua, apabila lebih 35% demonstran melayu menyertainya hingga jam 12 tengah malam. Penganjur yang diketuai Maria Chin Abdullah dan sukarelawan BERSIH ternyata berjaya mengawal peserta yang jumlahnya amat besar. Peserta berada dalam suasana santai tapi memiliki tahap disiplin yang begitu baik.

Mengutip sampah, memberi minuman dan roti secara percuma. Bahkan ada team PEMANTAU yang membuat rondaan hingga hampir ke Subuh hari di khemah dan lokasi tempat tidur peserta himpunan bagi mempastikan perkara yang tidak diingini berlaku.

Saya terkesan sewaktu melihat rakan rakan Cina membantu peserta Islam mengambil wudu' dan membuat benteng ketika mereka Solat. Ianya bukti keharmonian dan solidariti seluruh kaum dalam negara ini.

Dalam mana mana Himpunan yang besar, pasti ada kelemahan dan kepincangan. Apatah lagi bila semua kaum berkumpul tanpa terpisah antara satu sama lain. Ia lumrah dan bukan perkara baru. Untuk mencari cacat cela memang senang. Penambahbaikan di masa hadapan pasti dilakukan oleh penganjur.

Alhamdulillah, mesej dari himpunan BERSIH 4 telah sampai kepada pemimpin utama. Kehadiran Tun Dr Mahathir juga besar maknanya.

Saya tidak pasti adakah Dato' Sri Najib responsif dengan tuntutan BERSIH seperti di tunjukkan para peserta.

Moga usaha kita di berkati Allah.

SEHATI SEJIWA TOLAK BN.

Undang-undang mana yang kami langgar?

Maria Chin Abdullah
Maria Chin Abdullah
 
 
KUALA LUMPUR - Penganjur Bersih, Maria Chin Abdullah menegaskan himpunan Bersih 4.0 tidak melanggar mana-mana akta mengikut perundangan negara.

Oleh itu katanya, adalah tidak adil mengatakan bahawa himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan oleh pihaknya haram dan menyalahi undang-undang.

"Saya rasa perhimpunan ini tidak haram, ini adalah hak kita untuk berkumpul.

"Apa undang-undang yang kita langgar? Saya pun tidak tahu kerana dalam perlembagaan kita ada hak untuk berkumpul," katanya kepada media ketika ditemui di pentas himpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa penganjur dan peserta perhimpunan Bersih 4.0 akan dikenakan tindakan mengikut pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada.

Ahmad Zahid dipetik berkata, tiada lagi amaran dan tindakan diambil walaupun selepas perhimpunan tamat.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Maria berkata, jika ada sebarang tindakan undang-undang dikenakan beliau sedia mengheret perkara itu ke mahkamah.

"‎Kalau nak serang kerana dia kata, kita akan bawa ke mahkamah, " katanya.

Sementara ketika menyentuh mengenai himpunan Bersih 4.0, Maria berkata ia mencapai sasaran.

"Saya rasa keseluruhan yang datang adalam 300 ribu, saya rasa ini adalah kejayaan....kita berjaya tunjukan bahawa ini adalah himpunan aman, polis bertanggungjawab dan lalu lintas terkawal," katanya.
 
 

Harapan Baru kini parti politik

Harapan Baru kini parti politik ‎
Barisan kepimpinan Parti Amanah Negara. 
KUALA LUMPUR - Gerakan Harapan Baru kini sah bergelar sebuah parti politik dengan mengambil alih Parti Pekerja.
Pengerusinya, Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun pindaan nama dan perlembagaan parti akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebelum pelancaran rasminya 16 September ini.
Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, nama baru parti itu yang akan dicadangkan kepada ROS ialah Parti Amanah Negara atau Amanah.

Sokongan Dr Mahathir terhadap Bersih 4 tidak cukup singkir Najib, kata penganalisis



Kunjungan mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak 2 kali di perhimpunan Bersih 4 menandakan sokongannya secara tersirat kepada acara itu yang menjadi pembakar semangat penganjur dan peserta. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.Kunjungan mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad sebanyak 2 kali di perhimpunan Bersih 4 menandakan sokongannya secara tersirat kepada acara itu yang menjadi pembakar semangat penganjur dan peserta. – Gambar fail The Malaysian Insider,

 
Sikap bongkak Putrajaya beberapa hari menjelang perhimpunan Bersih 4 memakan diri apabila acara itu mengumpulkan segerombolan besar 300,000 orang dan memberikan kemenangan moral kepada penganjur dengan kunjungan mengejut Tun Dr Mahathir Mohamad, kata penganalisis.

Mereka berkata, perhimpunan itu bukan saja menyatukan rakyat Malaysia daripada semua golongan tetapi bagi penganjur, kumpulan reformasi pilihan raya Bersih 2.0, kemunculan Dr Mahathir menandakan sokongannya secara tersirat kepada acara itu.
 
Walaupun bekas perdana menteri itu dengan jelas menyatakan niatnya datang melihat perhimpunan itu hanya untuk menyertai rakyat Malaysia memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, kehadirannya tetap menjadi pembakar semangat penganjur dan peserta.

Perhimpunan 2 hari itu yang berakhir malam tadi, bukan sahaja untuk mendesak Najib letak jawatan tetapi menuntut perubahan institusi dalam negara. 
 
Bagaimanapun, penganalisis memberi amaran, usah meraikannya terlalu awal kerana mereka berkata kehadiran penyokong yang kemudiannya bertukar pengkritik utama Najib itu tidak cukup untuk menekan perdana menteri untuk berhenti.
 
“Ia kemenangan moral kecil untuk Bersih, tetapi agak terlalu terlewat untuk membuat perbezaan besar dalam perhimpunan itu sendiri.
 
“Dr Mahathir perlu mengekalkannya dengan menerima objektif Bersih, dan saya tidak fikir beliau akan berbuat demikian,” kata Dr Lim Teck Ghee (gambar, kanan) daripada Centre for Policy Initiative (CPI).
 
Sebahagian objektif Bersih selaras dengan Dr Mahathir, yang berulang kali mendesak Najib meletakkan jawatan berhubung tuduhan mengaitkannya dalam skandal kewangan syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang tidak diketahui, ke dalam akaun bank peribadinya.
 
“Matlamatnya ialah menjatuhkan Najib dan jelas ia adalah sebahagian usaha terakhir Dr Mahathir. Ia bagus untuk imej umum Dr Mahathir,” kata Lim.
 
Negarawan bersara itu memberitahu khalayak di Gelang Patah, Johor pada Sabtu – hari sama perhimpunan Bersih dan beberapa jam sebelum beliau singgah di lokasi acara itu di Kuala Lumpur – beliau bukan peminat demonstrasi tetapi beliau terpaksa bersetuju rakyat Malaysia perlu memilih langkah itu sebagai saluran terbaik menyelesaikan masalah yang ditutup atau sudah tidak ada lagi.
 
Ia juga menyatakan mereka yang memegang kunci untuk Najib terus memegang jawatan perdana menteri ke-6 negara ialah ahli Parlimen dan rakan setugasnya dalam Majlis Tertinggi Umno.
 
“Tidak mungkin perhimpunan itu sendiri, walaupun ia dihadiri sejuta orang, boleh membawa kesan serta-merta dalam objektifnya mengubah struktur dan kepimpinan.
 
“Objektif itu perlu melalui Parlimen dan bukan cara lain. Tetapi ia menunjukkan betapa kurangnya keyakinan dan kepercayaan terhadap perdana menteri sekarang dalam beliau mentadbir negara dan ekonomi selain kebimbangan lain mengenai perubahan pilihan raya yang disuarakan dalam perhimpunan Bersih sebelum ini,” kata Lim.
 
Dr Oh Ei Sun berkata, Najib dikelilingi mereka yang setia dengannya daripada kalangan orang dalam Umno dan walaupun Dr Mahathir mendesak ahli parti menyokong undi tidak percaya terhadap perdana menteri, usaha seumpama itu agak sukar dilakukan.
 
“Ia sangat  sukar berlaku, kerana beliau tidak ada jawatan lagi untuk memberikan bantuan politik yang menjadi faktor utama dalam kesetiaan politik BN (Barisan Nasional),” kata felo kanan S Rajaratnam School of International Studies di Universiti Teknologi Nanyang Singapura, merujuk kepada sistem naungan.
 
Pengarah Institut Asia University of Tasmania Dr James Chin (gambar, kanan) berkata di sebalik keghairahan dalam kemunculan Dr Mahathir, tidak dapat dinafikan perhimpunan keempat Bersih 2.0 memberikan reputasi kepada badan pemantau pilihan raya itu dalam membawa rakyat ke jalanan menerusi perhimpunan seumpama itu.
 
Mereka juga bimbang dengan kekurangan peserta Melayu, kerana laporan di kawasan acara menunjukkan selepas hari pertama, semakin ramai peserta bukan Melayu menyertainya.
 
Ada yang menyatakan keadaan itu disebabkan ketidakhadiran parti Islam PAS, yang sebelum ini penggerak penting dalam mengumpulkan ahlinya dan penyokong menghadiri perhimpunan itu.
 
PAS berpisah dengan rakannya, PKR dan DAP berikutan perbezaan pendapat mengenai parti Islam itu untuk meneruskan hasratnya melaksanakan undang-undang hudud.
 
Menggantikan tempatnya, kumpulan serpihan PAS, Gerakan Harapan Baru (GHB) cuba menggerakkan penyokongnya.
 
Chin berkata dengan kejayaan itu, pembangkang boleh menggunakannya untuk membina momentum bagi pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang 2018.
 
 “Tetapi saya fikir mereka akan menggunakannya untuk undi tidak percaya di Parlimen, mereka akan buat sekarang, tidak syak lagi,” katanya membuat ramalan.
 
Jadi apa yang diperoleh BN dan pembangkang menerusi perhimpunan itu?
 
Lim daripada CPI berkata BN akan memainkan isu jumlah orang Melayu yang sedikit menyertai perhimpunan itu dan parti Umno akan mendakwa majoriti Melayu anti Bersih.
 
Bagaimanapun, beliau memberi amaran, jumlah yang kecil tapi masih ada peserta Melayu akan membimbangkan Putrajaya dan mereka perlu mencari cara untuk menangani keadaan itu.
 
“Bagi pembangkang, ia mencapai objektif menunjukkan mereka hidup dan berdaya, dan mampu membuat acara besar tanpa PAS,” kata Lim.
 
“Parti serpihan PAS menunjukkan taringnya menggerakkan generasi muda Melayu di kawasan bandar yang sangat vokal dan membuatkan kehadiran mereka dirasai terutama di media sosial. Komponen Melayu muda dalam perhimpunan itu mungkin boleh jadi kad kemenangan pembangkang pada pilihan raya akan datang,” katanya.


Patriot sebenar berani lawan kezaliman, undur jika tak amanah, kata Wan Azizah



Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut sama menyertai himpunan Bersih 4 hujung minggu lalu. Beliau berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot lebih bermakna apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut sama menyertai himpunan Bersih 4 hujung minggu lalu. Beliau berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot lebih bermakna apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara. – Gambar fail The Malaysian Insider.
 
 
Patriot kemerdekaan sebenar adalah mereka yang berani kerana benar berdiri menentang kezaliman pihak berkuasa dan insaf berundur bila sudah jauh dari pangkal jalan amanah pemerintahan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Melalui amanat sempena Hari Kemerdekaan hari ini, ketua pembangkang itu berkata, janji kemerdekaan dan pengorbanan semua patriot akan lebih bermakna dan impian rakyat akan hanya tercapai apabila semua bersatu sehati sejiwa untuk membersihkan negara.
 
Malah beliau berkata, tema kemerdekaan tahun ini, "Sehati Sejiwa", juga membawa maksud tersurat dan tersirat tentang perpaduan, kasih sayang, mahabbah serta muhibah, kesaksamaan berpaksikan kerohanian yang mencerminkan kebaikan, keadilan dan kebenaran.

"Dan jika diselami maksud suatu kemerdekaan, ia bererti kita bebas merdeka daripada semua bentuk penjajahan asing mahupun watan sendiri; dapat menentukan hala tuju negara melalui pilihan raya yang bersih, telus dan adil; memiliki sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah; menikmati kemakmuran ekonomi bersama dan media bersuara benar," katanya. 
 
 "Ia harus dilihat sebagai tarikh mengukur pengisian suatu kemerdekaan – sama ada janji dan jaminan asas dan dasar dipenuhi.
 
"Janji kemerdekaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan janji kesatuan yang tertulis dalam Perjanjian Malaysia dipenuhi," katanya.
 
Beliau berkata, tema kemerdekaan itu juga membawa erti rakyat Malaysia harus bebas merdeka untuk hidup tanpa ditindas, difitnah, diugut, dikecam, dicerca, dipecahbelahkan dan dimiskinkan.
 
"Dengan hak-hak kewarganegaraan yang dijamin suatu perjanjian kenegaraan atau ‘aqadun daulah’ iaitu Perlembagaan Persekutuan dalam sebuah demokrasi," katanya.
 
"Jika diukur dengan usia manusia 58 tahun, ia adalah umur seorang insan yang sudah dewasa, matang penuh hikmah dan seharusnya lebih bertanggungjawab ketika melangkah masuk ambang senja kehidupan dengan menyediakan warisan peninggalan terbaik untuk anak cucu, generasi masa depan."


Dr Mahathir sudah masuk perangkap DAP – Bung Mokhtar

 
Saya percaya akan ada perarakan yang sama pula dibuat oleh orang Melayu untuk membalas tindakan DAP.


bung_mokhtar_mahathir_600


PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan sudah terkena perangkap DAP, apabila beliau turun menyertai perhimpunan Bersih 4.0.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya bersekongkol dengan parti pembangkang terutamanya DAP yang beliau sendiri tentang sebelum ini.

“Tun Mahathir sudah termasuk dalam perangkap DAP. Kalaupun hasrat Tun Mahathir nak turunkan Najib selaku Perdana Menteri, Tun Mahathir tidak seharusnya meletakkan diri dalam kumpulan yang dia kritik dahulu.

“Pada saya penyertaan Tun Mahathir dalam Bersih, pada waktu dan tempat yang salah,” katanya ketika dihubungi FMT.

Ahli Parlimen Kinabatangan berkata, penganjuran Bersih juga merupakan agenda perkauman yang sengaja dilakukan DAP.

“Kita lihat bagaimana kehadiran Bersih 4.0, seolah-oleh agenda DAP dengan perkuman Cinanya,” katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan akan wujudnya demonstarasi anjuran orang Melayu sebagai usaha membalas dendam terhadap tindakan DAP.

“Saya percaya akan ada perarakan yang sama pula dibuat oleh orang Melayu untuk membalas tindakan DAP.

“Kalau ini berlaku jangan salahkan UMNO dan melayu pula,” katanya.

Sanggupkah ‘politikus’ lain ke jalanan bersama Tun M

 
Selepas pelbagai cara digunakan untuk menjatuhkan Najib, beliau melihat hanya demonstrasi jalanan cara terakhir
 
 
mahathir_talk-bersih1_600


Kehadiran dua kali bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke demonstrasi Bersih 4.0 beliau tidak akan mengalah untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Mengenali negarawan itu, faktor usia dan masa bukan halangan.

Sebaik selesai bersama rakyat di Program Bicara Negarawan di Pasir Gudang, pada Sabtu lalu, beliau bergegas pulang dan membuat kejutan muncul bersama rakyat yang berbaju kuning berhampiran Dataran Merdeka.

Meskipun seketika, kehadiran itu memberi impak yang besar terhadap mereka yang berusaha untuk menjatuhkan Najib.

Semua tahu, ideologi Mahathir ibarat langit dengan bumi dengan DAP, namun kemunculan itu atas nawaitu yang satu, bersama rakyat menyingikirkan Najib.

“ Saya hanya datang untuk tengok,” katanya sebelum beredar pulang dan selepas itu berjanji akan datang lagi.

Kehadiran kali kedua Dr Mahathir berbeza dengan sehari sebelumnya, di mana beliau tampil dengan kenyataan lebih keras.

“Kalau kerajaan dah tak peduli undang-undang, kita terpaksa gunakan demontrasi jalanan. Lihat Marcos, beliau telah dijatuhkan melalui demonstrasi jalanan,” tegasnya.

Apakah selepas pelbagai ikhtiar dan usahanya untuk menyingkirkan Najib tidak menampakkan hasil, beliau akan menggunakan cara yang sama yang pernah digunakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkannya 17 tahun lalu.

Dari sudut yang lain, kenyataannya memberi suntikan baru kepada mereka yang menentang pentadbiran Najib.

Bersih 4.0 yang berlangsung lebih 36 jam dilihat didominasi kaum Cina, mungkin selepas ini dalam siri demonstrasi selanjutnya, ia akan menampilkan ramai orang Melayu sekiranya Dr Mahathir turun sama selepas Pas yang bertalak tiga dengan DAP tidak menggalakkan ahlinya menyertai bantahan itu.

Cuma satu perlu difikirkan, wajarkah dibiarkan Tun dalam usianya yang menjangkaui 90 tahun, menggalas tanggungjawab ini.

Mana pergi ‘politikus’ yang kononnya sealiran dengannya?

SAMM dakwa Chegubard difitnah

 
AntaraPos melaporkan Chegubard menuduh DAP mahu menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.


Edy-Noor-Reduan_chegubard_600


PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa Pengasas mereka, Chegubard, difitnah media yang bertujuan memburukkan hubungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu dengan DAP.

Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata, berita portal AntaraPos mendakwa Chegubard menuduh DAP mahu menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali.

Chegubard dilaporkan berkata demikian dalam forum baru-baru ini yang antara lain menyentuh isu penubuhan Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan Berhad (DEIG) yang menjadi kontroversi.

Edy Noor berkata, setelah meneliti berkali kali rakaman video forum tersebut dengan jelas laporan AntaraPos itu fitnah jahat.

“Dalam forum tersebut, pihak yang mendakwa DAP menggunakan isu DEIG untuk menjatuhkan Azmin adalah daripada Pengerusi forum dan juga respon seorang lagi panel lain, mungkin dengan tujuan bagi memberi persepsi buruk menunjukkan bagaimana jahatnya DAP mencaturkan politik menjatuhkan individu.

“Namun CheguBard menjelaskan isu DEIG ini bermula ‘panas’ dengan dibangkitkan oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan DAP yang bangkitkan.

“Hanya kemudian selepas Khalid bangkitkan baru ia mendapat respon wakil DAP, malah ditegaskan bukan sahaja wakil DAP tetapi wakil Pas dan wakil UMNO dalam dewan juga turut respon. Jadi
Chegubard dengan jelas menegaskan tidak perlu ada pihak yang cuba ‘spin’ isu ini sebagai isu perkauman bagi memburukkan DAP,” katanya.

Eddy Noor berkata, dalam forum itu Chegubard menjelaskan Barisan Nasional (BN) selaku pembangkang di Selangor patut malu kerana terpaksa menunggu wakil rakyat bebas (Khalid) untuk membangkitkan isu itu.

Sehubungan itu, SAMM mendesak AntaraPos membetulkan laporan berita itu yang bertujuan menjejaskan hubungan mereka dengan DAP.

Tentangan parti politik tidak bermakna tak sayang negara

IKHWAN HAZWAN

 

dr-maza-1-600x360
Dr Mohd Asri berkata, tidak ada pihak yang boleh ditakrifkan sebagai tidak patriotik hanya kerana tidak menyokong kerajaan tertentu yang berkuasa atas negeri atau negaranya.


KUALA LUMPUR, Tidak ada pihak yang boleh memaksa orang lain mencintai parti politik yang berkuasa dalam negaranya atas nama semangat patriotisme.


Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, penentangan terhadap kuasa politik oleh rakyat di negara yang didiami tidak bermakna cinta dan sayangnya terhadap tanah air berkurangan.

Menurutnya, tidak ada pihak yang boleh ditakrifkan sebagai tidak patriotik hanya kerana tidak menyokong kerajaan tertentu yang berkuasa atas negeri atau negaranya.

Jelasnya, kuasa politik boleh datang dan pergi, bertukar ganti manakala sultan dan menteri juga boleh dibuang ataupun dilantik dengan hanya keadaan yang menentukan.

“Namun hakikat bahawa tanah air dan watan ini adalah milik kita, lahir di sini, berketurunan di sini, membesar dalamnya adalah sesuatu yang tidak boleh diubah dan dinafikan oleh mana-mana pihak pun.

“Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat dihalau keluar dari Mekah dan mereka kemudian berpakat dengan orang Madinah memerangi kuasa politik Mekah yang zalim dan bahkan mendapat bantuan luar menawan Mekah sekaligus membebaskan Mekah dari kuasa yang zalim tersebut.

“Itu semua tidak menafikan cinta Nabi kepada Mekah dan orang Kelantan yang tidak suka Pas bukan bererti tidak sayang Kelantan manakala orang Pulau Pinang yang tidak suka DAP bukan bererti tidak sayang negeri berkenaan dan orang Selangor yang tidak suka PKR bukan bererti tidak sayang Selangor serta rakyat Malaysia yang tidak suka Barisan Nasional (BN) bukan bererti tidak cintakan negara,” katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Tambah Dr Asri, mungkin yang rakyat tidak suka itu adalah penyelewengan kuasa dan penyalahgunaan harta rakyat yang dibuat oleh mereka yang memegang tampuk tersebut tetapi sayang negeri dan negara tetap kekal.

“Sesiapa yang sayangkan tanah airnya lalu enggan watannya dirosakkan dan rela mempertahankan kebaikan dan kebenaran yang menjadi hak buminya, maka dia seorang yang cintakan tanah airnya, dia seorang yang patriotik!

“Cara kecintaan itu diterjemahkan mungkin berbeza, tapi cinta tetap di jiwa,” tegasnya.

Sambut Hari Kebangsaan lebih baik dari Bersih – Pengunjung

AZIZI SUNIP

 

pengunjung 1
Jumaya Mohd Syafei 35, bersama dua anaknya Azri Iskandar Mohd Sofi, 7 tahun dan Fikri Asyraf Iskandar Mohd Sofi 4 tahun tidak ketinggalan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, hari ini. Foto TRP/ Azizi sunip

KUALA LUMPUR,Sambutan Hari Kemerdekaan 2015 kali ini dilihat lebih meriah berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun lokasi Dataran Merdeka turut dijadikan lokasi perhimpunan Bersih 4 yang berakhir malam tadi, namun semua perancangan sambutan Hari Kebangsaan dilihat berjalan lancar.

Orang ramai yang ditemui menyifatkan, rakyat perlu berfikiran rasional kerana lebih baik menyertai sambutan hari Kebangsaan di Dataran Merdeka daripada himpunan Bersih 4 yang hanya mendatangkan kesulitan kepada warga kota.

Bagi seorang pesara polis dari Unit Tindakan Khas (UTK), Bukit Aman, Mohd Maskor Muradi, 69 tahun sambutan Hari kebangsaan masih lagi relevan dan meriah berbanding sebelum ini.

“Sambutan pada tahun ini memang bagus dan ramai pengunjung berbanding tahun lepas,

“Walaupun rakyat masih bimbang dengan keadaan agak menakutkan disebabkan Bersih 4 tetapi orang ramai tidak kisah kerana hari ini memang ditunggu-tunggu untuk datang ke Dataran Merdeka,” kata Maskor yang telah berkhidmat dalam polis dari tahun 1975 sehingga 1994.
pengunjung 2
Pesara polis Mohd Maskor Muradi bersama isterinya tidak ketinggalan memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, hari ini.
Berkongsi pengalaman semasa tahun perkhidmatannya pada zaman komunis, berjauhan dengan keluarga sudah menjadi kebiasaan demi memastikan keamanan negara.

“Pada masa itu memang anggota polis macam saya dari UTK dikerahkan ke sana dan ke sini sehingga nak bersama isteri dan anak-anak pun tiada masa,” katanya.

Bagi Jumaya Mohd Syafei 35 tahun dari Cheras, semangat hari Merdeka pada tahun ini lain daripada biasa kerana anak-anaknya sendiri mahu memakai baju bendera untuk hadir ke Dataran Merdeka.

“Tahun lalu mereka tidak kisah mungkin kerana masih kecil, tahun ini anak sulung saya beriya-iya mahu baju bendera dan nak ke Dataran Merdeka,” katanya.

Memenuhi permintaan anak-anaknya dengan bermodalkan RM50, Jumaya menempah baju bendera bagi tujuan untuk memupuk semangat sayangkan Malaysia.

“Biar mereka diberi kesedaran sejak kecil lagi agar jangan ikut perhimpunan dan demonstrasi, kalau pergi sambutan kebangsaan, hari Malaysia itu lebih bermanfaat,” katanya.

Tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini ‘Sehati Sejiwa’ dilihat begitu berkesan kepada rakyat Malaysia dan ini diterjemahkan dengan kehadiran rakyat lebih ramai ke Dataran Merdeka untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.

Cuba mohon sokongan M'sia tarik sekatan ekonomi

MALAYSIAKINI


 


Cuba memohon sokongan Malaysia dalam usaha menarik balik sekatan perdagangan unilateral yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap negara republik di Amerika Utara itu.

Permintaan itu disampaikan oleh Pemangku Menteri Luarnya, Ana Teresita Gonzalez Fraga kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sewaktu kunjungan hormat Anifah ke negara republik itu Selasa lepas.

Anifah melakukan lawatan kerja tiga hari ke negara itu, bermula Isnin lepas.

Wisma Putra, dalam kenyataan malam tadi, berkata Malaysia mengalu-alukan pemulihan hubungan diplomatik antara Washington-Havana selepas terputus selama 54 tahun dan ia akan menjadi pemangkin untuk pembangunan yang lebih pesat di Cuba.

Sementara itu, Cuba turut berminat untuk berkongsi pengalaman program transformasi yang berjaya dilaksanakan di Malaysia.

Menurut kenyataan itu, Cuba turut berharap untuk menjalinkan kerjasama dalam bidang-bidang berkepentingan lain termasuk pelancongan selepas kejayaan kolaborasi dalam bidang bioteknologi dan pendidikan.

Cuba pada masa ini menawarkan kursus perubatan kepada pelajar Malaysia manakala Malaysia menawarkan pelbagai kursus jangka pendek di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia dan latihan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar bagi penjawat awam dan diplomat dari republik itu.

Kedua-dua negara juga bersetuju untuk meneroka bidang-bidang kerjasama baharu untuk manfaat bersama dan yakin terhadap potensi ekonomi dan perdagangan di republik berkenaan.

"Terutamanya setelah pelaksanaan pelbagai reformasi ekonomi sejak akhir tahun 2011. Malaysia berharap reformasi tersebut akan menggalakkan perniagaan dan pelaburan asing di Cuba termasuk dari Malaysia," katanya.

Dalam pada itu, Fraga menjemput syarikat-syarikat Malaysia untuk menyertai acara tahunan Pameran Perdagangan Antarabangsa Havana.

Pelaksanaan Undang-Undang Pelaburan Cuba baru-baru ini turut dijangka menarik minat syarikat-syarikat Malaysia untuk berdagang.- Bernama


Dr Mahathir sudah tidak konsisten

Salleh Said Keruak
Datuk Seri Salleh Said Keruak
 
 
SUNGAI BESAR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Senator Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan Bersih 4.0 di Kuala Lumpur, petang kelmarin sebagai menyokong perhimpunan haram dan memberi galakan tidak sihat kepada masyarakat.

Beliau berkata, kehadiran Dr Mahathir pada perhimpunan itu sebagai tidak konsisten dengan kenyataannya ketika menjadi perdana menteri.

“Ini bererti Dr Mahathir sudah berubah pendirian. Saya masih ingat pada tahun 1998 bila banyak demonstrasi pada ketika itu, beliau membuat kenyataan budaya berhimpun ini adalah budaya asing.

“Sebagai seorang patriotik, sepatutnya beliau tak boleh berbuat demikian. Walaupun beliau di situ 10 minit, tetapi beliau menggalakkan budaya seperti ini, ini bukan budaya kita,” katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar, di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besar, semalam.

Mohd Salleh menegaskan, meskipun Malaysia mengamalkan sistem demokrasi, namun turun ke jalan raya untuk tujuan demonstrasi bukanlah penyelesaian bagi setiap masalah.

“Kita bebas memberikan pendapat dan pandangan, tetapi kita tak boleh menggalakkan rakyat mengadakan demonstrasi sedemikian. 

“Bayangkan jika anak kecil dibawa ke situ, tidur di merata-rata tempat seperti di tengah jalan dan tepi kedai, apakah ini budaya kita? Kenapa kita masukkan satu budaya yang asing pada kita?

“Sepatutnya kita sama-sama raikan hari merdeka bukan sahaja pada hari esok (hari ini), tetapi sebelum kemuncaknya kita raikan suasana yang melambangkan negara ini negara yang kita bangga,” katanya.
 
 

Dr Mahathir beri tauladan tidak baik

Bersih 4.0
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat sidang media di sebuah kedai makan sekitar Pasar Seni.
 
 
ALOR SETAR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak wajar menghadiri perhimpunan Bersih 4.0, malam kelmarin. 

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, tindakan itu memberi tauladan yang tidak baik kepada masyarakat setelah kerajaan menyifatkan ia sebagai satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang.
 
“Tindakan Dr Mahathir sekalu bekas Presiden Umno menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 dilihat cukup mengecewakan masyarakat.  

“Bagi saya, walau apa pun ketidakpuasan hati beliau terhadap kepimpinan kerajaan hari ini, adalah tidak wajar mengambil keputusan sedemikian,” katanya kepada Sinar Harian. 

Menurutnya, tahap populariti Dr Mahathir dalam kalangan rakyat yang dilihat sebagai negarawan ulung juga tidak memberikan kelebihan kepada beliau untuk bertindak sebegitu. 

“Dr Mahathir sepatutnya memikirkan kesan dan tindakan itu. Kita menghormati beliau tetapi langkah menghadiri perhimpunan itu amat menyedihkan. 

“Bahkan ini menjadi tanda tanya ramai anggota masyarakat terutamanya penyokong Umno sendiri,” katanya. 

Bagaimanapun, beliau menyifatkan keputusan Pas dan kepimpinan parti itu yang tidak membenarkan penyokong dan ahlinya menyertai himpunan tersebut adalah langkah terbaik. 

“Saya melihat kehadiran Dr Mahathir ke himpunan itu memburukkan lagi keadaan dan kestabilan negara. Secara ilmiah rasionalnya juga kita tidak boleh menyokong langkah tersebut dalam hal seperti ini. 

“Matlamat tidak boleh menghalalkan cara. Beliau sebagai negarawan tidak wajar bertindak atau menyokong demonstrasi atas apa tujuan sekalipun,” katanya. 

Penganalisis politik itu turut berpandangan bahawa perjumpaan Dr Mahathir bersama penyokong himpunan Bersih 4.0 tidak membawa sebarang faedah kepada negara.
 
 

Misi 34 jam Bersih 4.0, akhirnya ke mana?

Himpunan Bersih 4.0 masuk hari kedua
Pemandangan atas keadaan di Dataran Merdeka dan Jalan Tun Perak telah dipenuhi oleh ribuan peserta perhimpunan Bersih 4.0. - Foto oleh JAZALY AMRY JAAFAR
 
 
TEMPOH 34 jam yang dilalui ribuan peserta himpunan Bersih 4.0 bukan satu tempoh singkat jika dialami sendiri di lokasi dengan pelbagai cabaran termasuk cuaca yang panas terik dan hujan, faktor keselamatan, tempat untuk berehat atau tidur dan sebagainya.
 
Soalnya setelah tempoh panjang itu dilalui, tercapaikah matlamat dan tuntutan yang dikemukakan? Adakah ia didengari pihak yang disasarkan penganjur dan peserta Bersih 4.0?
 
Lima tuntutan Bersih 4.0 adalah pilihan raya bebas dan adil, sebuah kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.
 
Namun, sepanjang berlangsungnya himpunan tersebut, laungan mahupun gesaan mereka termasuk para pemimpin yang menyertai bantahan itu hanyalah mendesak supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berundur.
 
Kalimah ‘undur, undur, undur Najib’ terus menjadi kalimat berhantu yang diulang ucap peserta. Tidak cukup dengan itu, pelbagai poster, sepanduk mahupun plakad dipamerkan yang mengutuk Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.
 
Persoalannya, adakah lima tuntutan yang digariskan untuk diperjuangkan Bersih 4.0 sampai kepada pihak yang ditujukan iaitu kerajaan dengan cara seperti ini?
 
 
Najib semalam mengulang pendirian bahawa beliau sama sekali tidak akan berundur sebaliknya akan terus mempertahankan negara daripada sebarang desakan yang cuba ditimbulkan kumpulan tertentu.
 
Sementara itu, kemunculan sebanyak dua kali bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di lokasi perhimpunan nyata disambut meriah para peserta namun ada juga yang kurang menerima kehadiran beliau dan menganggap apa yang berlaku hari ini berpunca daripada bekas pemimpin negara itu.
 
 
Bukan satu fenomena baharu, kelmarin menyaksikan ibu negara 'diselimuti' gelombang kuning apabila ribuan peserta Bersih membanjiri sekitar Dataran Merdeka meskipun kerajaan telah mengharamkan pemakaian baju T berkenaan.
 
Sepanjang tempoh 34 jam itu, pihak berkuasa mengawal dan memberi kerjasama yang baik malah turut dipuji peserta-peserta himpunan itu.
 
Semuanya bermula dengan tenang meskipun gamat dengan pelbagai bunyi jeritan, laungan serta tiupan vuvuzela namun ia berakhir dengan suasana yang agak tegang termasuk cubaan mencederakan peserta dengan mercun, pergaduhan kecil serta kedegilan sebahagian kecil peserta yang enggan pulang selepas tamat laungan merdeka.
 
Suspek baling mercun itu telah pun ditahan polis dan empat mangsa yang cedera telah menerima rawatan namun tiada kecederaan yang serius dilaporkan.
 
Dalam pada itu, menurut Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA) Seksyen 20 (1) (c), Akta 736 terdapat larangan para peserta membawa kanak-kanak ke sebarang himpunan namun, masih kelihatan kanak-kanak termasuk bayi dalam kumpulan bantahan tersebut.
 
Himpunan kali ini juga menyaksikan gelombang anak muda dari kaum Cina yang didakwa sebagai kebangkitan ‘real Malaysian’ oleh salah seorang peserta yang ditemui kelmarin.
 
Kelibat pemimpin pembangkan turut kelihatan sejak hari pertama himpunan itu diadakan dan pelbagai aktiviti mengisi slot sepanjang 34 jam itu termasuk ucapan, nyanyian, puisi dan banyak lagi.
 
Disebalik kedegilan beberapa peserta dan orang awam yang masih berada di Datara Merdeka meskipun telah diarahkan bersurai berulang kali sejurus laungan merdeka dilaungkan.
 
Kawasan Dataran Merdeka lengang kira-kira 1.30 pagi meskipun masih kelihatan beberapa orang awam duduk-duduk di tepi-tepi jalan.
 
Sekali lagi, kita ajukan persoalan ini, setelah 34 jam berlalu, tercapaikah misi Bersih 4.0 atau ia hanya meninggalkan sisa-sisa kotoran di ibu negara saat negara menyambut Hari Kemerdekaan ke-58 hari ini?
 
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-58 Malaysiaku. Merdeka! Merdeka! Merdeka!
 
 

Merdeka 58 tahun, kajian tunjukkan rakyat bosan skandal politik, ingin perubahan



Kaji selidik menunjukkan perubahan dalam kerajaan dan kepimpinan  akan dialu-alukan kebanyakan rakyat Malaysia demi melihat kesejahteraan negara yang dicintai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 31 Ogos, 2015.Kaji selidik menunjukkan perubahan dalam kerajaan dan kepimpinan akan dialu-alukan kebanyakan rakyat Malaysia demi melihat kesejahteraan negara yang dicintai. – Gambar fail The Malaysian Insider, 
 
 
 
Sejumlah besar majoriti rakyat Malaysia yang mengambil bahagian dalam satu kaji selidik baru-baru ini berkata, mereka mahu perubahan kerajaan dan kepimpinan ketika negara meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-58 hari ini, menunjukkan kebimbangan rakyat terhadap situasi terkini politik negara.

Kaji selidik atas talian dijalankan The Malaysian Insider menunjukkan 67% responden mahu perubahan dalam kerajaan, sementara 22% mahu kepimpinan lebih baik. Sejumlah 9% pula berkata mereka mengharapkan prospek ekonomi yang lebih baik.

Sebanyak 66% mengakui mereka bimbang dengan keadaan hal ehwal negara pada masa ini, sementara 14% bersedih. Hanya 13% yang terlibat merasa gembira dengan keadaan sekarang.

Penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, ini menunjukkan kebanyakan rakyat tidak gembira dengan skandal politik dan mengalu-alukan perubahan dalam kerajaan dan kepimpinan. “Gabungan 80% rakyat sama ada bimbang atau sedih untuk negara. Seseorang itu pada awalnya akan berfikir ini adalah kesan ekonomi yang lemah dan skandal politik, tetapi hampir 90% sebenarnya mahukan perubahan kerajaan atau kepimpinan lebih baik, dengan kurang 10% mahu prospek ekonomi lebih baik,” kata Penganalisis Politik Dr Oh Ei Sun dari S. Rajaratnam School of International Studies, Singapura.

“Ini menunjukkan rakyat faham, paling penting dalam mendorong pembentukan negara Malaysia ialah politik dan bukan ekonomi, dan politik mendorong ekonomi, dan bukan sebaliknya.

“Mereka percaya dengan menyelesaikan krisis politik terlebih dulu, ekonomi kemudiannya akan pulih sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Sejumlah 8,922 pembaca mengambil bahagian dalam kaji selidik itu, yang dikendalikan di laman web The Malaysian Insider dari 20 Ogos hingga 29 Ogos.

Tiga soalan diletakkan di kaji selidik atas talian itu. Soalan pertama ialah “Apa satu harapan anda untuk negara ini?”.

Kedua ialah “Bagaimana perasaan anda ketika Malaysia menyambut Merdeka?” dan ketiga ialah “Apa satu masalah yang anda harap dapat diselesaikan sebelum merdeka?”.

Sebanyak 33% berkata mereka mahu skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) diselesaikan, sementara 26% berkata kejatuhan nilai ringgit.

Selebihnya, 24% mahukan masalah perpecahan bangsa dan agama yang makin meningkat diselesaikan, dan 17% pengundi bimbang dengan terhakisnya kebebasan bersuara.

Pengarah Centre of Public Initiative Dr Lim Teck Ghee (gambar, kiri) berkata kaji selidik itu menunjukkan perubahan dalam kerajaan dan kepimpinan – apa juga perubahan – akan dialu-alukan kebanyakan rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia sangat bosan dengan skandal yang tiada penyelesaian dan peningkatan dalam pertelingkahan antara bangsa dan agama.

“Dapatan yang hanya 13% rakyat Malaysia gembira menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-58 negara amat membimbangkan kerana ia menunjukkan mood majoriti besar rakyat kita pesimis, tidak berpuas hati dan tidak bersemangat,” kata Lim.

Keputusan kaji selidik itu dikeluarkan serentak dengan ribuan rakyat Malaysia yang berkumpul di jalanan di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini mendesak peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, reformasi institusi, kerajaan bersih, hak untuk memprotes dan langkah menyelamatkan ekonomi.

Najib dikritik teruk sejak beberapa bulan ini berikutan tuduhan pembabitannya dengan skandal syarikat sarat hutang 1MDB selain pendedahan RM2.6 bilion dimasukkan ke akaun bank peribadinya.

Beliau yang juga presiden Umno itu  baru-baru ini mendakwa beliau dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada tuduhan rasuah melibatkan wang AS$700 juta atau RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya, yang beliau sendiri sering ulangi merupakan sumbangan untuk Umno, bukan untuk kegunaan peribadinya.

Laporan SPRM selanjutnya mengesahkan wang itu adalah sumbangan dana politik dari penderma di Timur Tengah.


Prinsip integriti, akauntabiliti kian terhakis

Muhyiddin Yassin


 


Negara kita telah merdeka selama 58 tahun. Telah banyak kemajuan yang dicapai oleh negara kita selama ini dan Malaysia berdiri megah sebagai sebuah negara yang berdaulat, bermaruah dan dihormati di persada dunia.

Asas yang membina kemerdekaan dan kemajuan negara kita ialah kepercayaan. Sebelum merdeka dahulu, penduduk negara ini yang berbilang kaum dan agama mempunyai rasa sangsi antara satu sama lain. Namun, berkat kebijaksanaan pemimpin kita yang terdahulu, mereka telah berjaya memupuk kepercayaan masyarakat majmuk di negara ini bahawa Malaysia adalah milik semua warganegara tanpa mengira kaum dan agama.

Semua warganegara mempunyai hak yang dijamin oleh perlembagaan dan semua mereka bertanggugjawab untuk memelihara keamanan, keselamatan dan keharmonian negara dengan memupuk perasaan saling mempercayai dan menghormati antara satu sama lain.

Kepercayaan juga terbentuk antara pemimpin pelbagai kaum. Pemimpin Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun, Murut dan lain-lain boleh duduk semeja untuk berbincang mengenai kepentingan semua kaum dan merancang kemajuan negara kerana mereka mempercayai antara satu sama lain.

Tak pernah melampau

Memang sepanjang negara ini ditadbir oleh BN, terdapat beberapa masalah yang wujud antara masyarakat pelbagai kaum, tetapi semua masalah ini dapat diatasi kerana pemimpin BN percaya, perundingan dan kerjasama adalah jalan terbaik untuk mencari penyelesaian yang menguntungkan semua pihak.

Rakyat juga mempercayai kerajaan yang memerintah. Mereka percaya kerajaan bertanggungjawab memerintah secara adil dan saksama, melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan rakyat, memacu kemajuan ekonomi, menyediakan pendidikan berkualiti, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Kerana itu, selama 58 tahun merdeka, rakyat di negara kita tidak pernah bertindak melampau untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik menerusi pilihan raya yang bebas dan adil.

Para pelabur dan komuniti perniagaan juga selama ini mempunyai kepercayaan tinggi terhadap negara kita. Mereka yakin bahawa dengan kestabilan politik, keharmonian kaum dan kecekapan kerajaan mengurus negara, pelaburan dan perniagaan mereka di negara kita adalah terjamin.

Dengan keyakinan ini, Malaysia merupakan antara penerima pelaburan langsung asing yang tertinggi di rantau ini dan saban tahun mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.

Sekiranya kita dapat mengekalkan, malah memperkukuhkan kepercayaan antara sesama pemimpin, antara sesama rakyat, antara rakyat dan pemimpin, antara kerajaan dan rakyat, antara pelabur, komuniti perniagaan dan institusi ekonomi negara, maka saya yakin negara kita akan terus berada pada landasan yang betul dan bersedia untuk mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Sentimen rakyat agak negatif

Namun, pada masa ini ramai pihak berpandangan bahawa negara kita sedang menghadapi masalah defisit kepercayaan (trust deficit) yang parah. Kepercayaan rakyat kepada kerajaan sudah semakin longgar. Kepercayaan pelabur dan komuniti perniagaan kepada ekonomi negara juga sudah luntur.

Ringgit kita kian merudum terutamanya berbanding dollar AS dengan nilainya sekarang yang paling rendah dalam tempoh 17 tahun. Pasaran saham jatuh, rizab negara merosot dan sentimen pengguna adalah paling rendah dalam tempoh tujuh tahun.

Benar, faktor luaran seperti kejatuhan harga komoditi mempengaruhi pasaran kewangan dan ekonomi, tetapi prestasi kita antara yang paling rendah dalam kalangan negara-negara serantau. Inilah realiti yang harus kita terima dan mesti diatasi dengan segera.

Saya menyambut baik kenyataan Gabenor Bank Negara bahawa asas ekonomi negara kita kukuh. Ini adalah satu perkembagan yang amat baik untuk kita membina semula kepercayaan masyarakat dunia terhadap ekonomi dan politik negara kita.

Yang perlu kita atasi ialah sentimen rakyat, pelabur dan masyarakat antarabangsa terhadap negara kita yang agak negatif disebabkan oleh beberapa isu politik yang sedang melingkari kita hari ini.

Rakyat semakin resah apabila hari demi hari prinsip integriti dan akauntabiliti kelihatan semakin terhakis dalam pentadbiran negara. Pegawai-pegawai kerajaan yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ditamatkan perkhidmatan, ditukar, diugut dan diambil tindakan.
Kebebasan institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bank Negara Malaysia seolahnya semakin disekat.

Kredibiliti pemimpin dipersoal

Tidak dapat dibayangkan dalam sejarah perkhidmatan awam negara kita, terdapat pegawai-pegawai kanan kerajaan yang berdedikasi sanggup bersuara lantang menentang pihak atasan yang cuba mencabuli prinsip perkhidmatan awam yang adil, tegas dan berkecuali.

Ada juga sesetengah pemimpin politik yang mengugut untuk menyekat kebebasan rakyat daripada menyuarakan pandangan terutamanya di media sosial kerana tidak sanggup lagi mendengar kritikan dan teguran rakyat yang semakin hari semakin lantang.

Selain itu, mereka yang menegur tindak tanduk pemimpin digelar sebagai pengkhianat dan dituduh hendak menggulingkan kerajaan. Mereka ini jelas tidak dapat membezakan antara menegur pemimpin dengan menggulingkan kerajaan adalah dua perkara yang berlainan. Betapa ramai pemimpin negara sebelum ini yang menerima teguran, tetapi kerajaan terus kekal, malah bertambah kukuh.

Atas segalanya, kredibiliti pemimpin semakin dipersoalkan. Institusi demokrasi yang ada dilihat sudah tidak dapat lagi berfungsi dengan baik untuk melakukan perubahan kerana ditekan dan dikawal dengan ketat oleh mereka yang berkuasa.

Saya bimbang selagi kemelut besar kepimpinan ini tidak dapat diselesaikan, maka selagi itulah negara dan kerajaan akan terus dibebani dengan masalah defisit kepercayaan yang semakin parah.

Bagi saya, isu kepercayaan ini akan dapat diselesaikan jika negara kita kembali dipimpin berlandaskan prinsip integriti, akauntabiliti dan penanggungjawaban kepada rakyat. Prinsip ini jugalah yang dituntut oleh Islam ke atas setiap pemimpin sebagaimana hadis Rasululullah SAW (bermaksud): "Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang yang dipimpinnya”.

Sesuai dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini, iaitu “Sehati Sejiwa”, marilah kita bersama-sama membentuk kesatuan hati atau “wahdatul qulb” untuk membina semula kepercayaan terhadap negara kita dengan mengembalikan kepimpinan yang berintegriti, berakauntabiliti dan bertanggungjawab.

Yakinlah bahawa Malaysia adalah tanah air kita yang berdaulat dan bermaruah, dan kita sebagai rakyat bertanggungjawab untuk terus memelihara kedaulatan dan maruah negara kita. Saya berdoa agar negara kita terus kekal aman, maju dan berdaulat.

TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN adalah Timbalan Presiden Umno.