DAP hari ini mengecam risalah provokatif yang ditemui di ibu pejabat parti itu hari ini, yang memaparkan sebuah aksi ganas.
Ahli Parlimen DAP Anthony Loke berkata ia memaparkan mangsa memakai baju BERSIH yang dinampakkan seperti orang Cina manakala lelaki lain yang memegang parang pula diperlihatkan seperti seorang sebagai pahlawan Melayu.
Perkataan “Cina turun BERSIH, sedialah bermandi darah”, dicetak pada risalah itu.
Loke berkata risalah itu jelas cuba untuk membuatnya kelihatan seolah-olah peserta BERSIH di kalangan kaum Cina akan menghadapi tentangan orang Melayu.
Beliau berkata pihaknya mengutuk mana-mana pihak yang mengeluarkan risalah tersebut.
"Kami ingin menegaskan bahawa perhimpunan itu bukan hanya terdiri daripada orang Cina sahaja tetapi adalah satu perhimpunan untuk semua rakyat Malaysia," kata Loke dalam satu sidang akhbar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan