HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Ogos 2015

Bersih Sabah tekad teruskan jalan kaki demokrasi walaupun diberi amaran




Peserta Bersih 4 di Sabah digalakkan memberitahu rakan-rakan mereka untuk menghadiri jalan kaki demokrasi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 30 Ogos, 2015.Peserta Bersih 4 di Sabah digalakkan memberitahu rakan-rakan mereka untuk menghadiri jalan kaki demokrasi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain,
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selepas tamat hari pertama Bersih 4 di Sabah semalam, penganjur perhimpunan kini bersiap sedia untuk kemuncak acara hari ini – jalan kaki demokrasi yang diharap akan dapat melihat kehadiran lebih ramai peserta berbanding semalam yang mungkin mengundang lebih masalah dengan pihak polis
 
Polis Daerah Kota Kinabalu petang semalam mengulangi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai hari ke-2 perhimpunan tersebut, selepas kehadiran lebih 3,000 orang pada hari pertama melebihi jangkaan penganjur, walaupun pihak berkuasa mengisytiharkan perhimpunan itu haram.
 
Tetapi penganjur Bersih Sabah Jannie Lasimbang malam tadi mengingatkan peserta untuk menghebahkan yang perjalanan demokrasi akan bermula pada jam 9 pagi ini.

"Saya pasti anda semua gembira hari ini tetapi kita mempunyai acara yang serius esok dan sebelum tidur saya mahu anda beritahu sekurang-kurangnya 10 kawan anda untuk keluar esok," katanya kepada peserta Bersih 4 di Sabah ketika mereka mula membentangkan tikar dan bersedia untuk tidur di Taman Teluk Likas Dua. Penganjur berkata, perjalanan demokrasi sejauh 6km itu "tidak digalakkan" oleh pihak polis kerana ia menyerupai perarakan.
 
Penganjur merancang untuk berjalan di atas trek jogging sepanjang Jalan Tun Fuad Stephens dari taman itu ke arah pusat bandar Kota Kinabalu tetapi mereka belum pasti destinasi terakhir mereka.
Lasimbang hanya berkata mereka akan berjalan selagi polis membenarkannya.
 
Acara itu akan berakhir dengan ucapan daripada pihak penganjur dan ahli politik.
 
Difahamkan polis akan meletakkan penghadang untuk menghalang mereka daripada memasuki pusat bandar.
 
Seorang lagi ahli jawatankuasa Bersih Sabah Matthew Yong berkata, bilangan yang keluar untuk acara berjalan kaki hari ini kemungkinan lebih besar daripada acara semalam berdasarkan apa yang terjadi semalam.
 
"Orang ramai melihat, ketika mereka keluar, tiada apa yang berlaku. Tiada keganasan, tiada hasutan. Pihak polis juga tidak perlu masuk. Jadi, mungkin lebih ramai yang akan menyertai jalan kaki hari ini."
 
Perhimpunan mereka di taman itu semalam merupakan acara bebas dengan muzik, ucapan, membersihkan pantai dan melihat matahari terbenam di pantai Teluk Likas.


Tiada ulasan: