AZIZI SUNIP
Jumaya Mohd Syafei 35,
bersama dua anaknya Azri Iskandar Mohd Sofi, 7 tahun dan Fikri Asyraf
Iskandar Mohd Sofi 4 tahun tidak ketinggalan memeriahkan sambutan Hari
Kebangsaan 2015 di Dataran Merdeka, hari ini. Foto TRP/ Azizi sunip
KUALA LUMPUR,Sambutan Hari Kemerdekaan 2015 kali ini dilihat lebih meriah berbanding tahun sebelumnya.
Walaupun lokasi Dataran Merdeka turut
dijadikan lokasi perhimpunan Bersih 4 yang berakhir malam tadi, namun
semua perancangan sambutan Hari Kebangsaan dilihat berjalan lancar.
Orang ramai yang ditemui menyifatkan,
rakyat perlu berfikiran rasional kerana lebih baik menyertai sambutan
hari Kebangsaan di Dataran Merdeka daripada himpunan Bersih 4 yang hanya
mendatangkan kesulitan kepada warga kota.
Bagi seorang pesara polis dari Unit
Tindakan Khas (UTK), Bukit Aman, Mohd Maskor Muradi, 69 tahun sambutan
Hari kebangsaan masih lagi relevan dan meriah berbanding sebelum ini.
“Sambutan pada tahun ini memang bagus dan ramai pengunjung berbanding tahun lepas,
“Walaupun rakyat masih bimbang dengan
keadaan agak menakutkan disebabkan Bersih 4 tetapi orang ramai tidak
kisah kerana hari ini memang ditunggu-tunggu untuk datang ke Dataran
Merdeka,” kata Maskor yang telah berkhidmat dalam polis dari tahun 1975
sehingga 1994.
Berkongsi pengalaman semasa tahun
perkhidmatannya pada zaman komunis, berjauhan dengan keluarga sudah
menjadi kebiasaan demi memastikan keamanan negara.
“Pada masa itu memang anggota polis macam
saya dari UTK dikerahkan ke sana dan ke sini sehingga nak bersama
isteri dan anak-anak pun tiada masa,” katanya.
Bagi Jumaya Mohd Syafei 35 tahun dari
Cheras, semangat hari Merdeka pada tahun ini lain daripada biasa kerana
anak-anaknya sendiri mahu memakai baju bendera untuk hadir ke Dataran
Merdeka.
“Tahun lalu mereka tidak kisah mungkin
kerana masih kecil, tahun ini anak sulung saya beriya-iya mahu baju
bendera dan nak ke Dataran Merdeka,” katanya.
Memenuhi permintaan anak-anaknya dengan
bermodalkan RM50, Jumaya menempah baju bendera bagi tujuan untuk memupuk
semangat sayangkan Malaysia.
“Biar mereka diberi kesedaran sejak kecil
lagi agar jangan ikut perhimpunan dan demonstrasi, kalau pergi sambutan
kebangsaan, hari Malaysia itu lebih bermanfaat,” katanya.
Tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini
‘Sehati Sejiwa’ dilihat begitu berkesan kepada rakyat Malaysia dan ini
diterjemahkan dengan kehadiran rakyat lebih ramai ke Dataran Merdeka
untuk sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan