HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Ogos 2015

Kehadiran Tun M bukti hanya rakyat boleh ubah Malaysia

 
Kehadiran Tun M ke perhimpunan Bersih 4.0 merupakan peristiwa bersejarah kepada rakyat Malaysia.


charles-santiago-tun-m


KUALA LUMPUR: Kehadiran bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali selama 20 minit di perhimpunan Bersih 4.0 pada Sabtu merupakan ‘saat bersejarah bagi rakyat Malaysia’.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata, kedatangan Dr Mahathir ke perhimpunan itu juga adalah bukti beliau telah berubah pendirian.

“Ia adalah saat bersejarah bagi Malaysia dan saya fikir ia adalah satu detik bersejarah untuk Tun (Mahathir) sendiri.

“Beliau pernah menentang kebebasan bersuara dan perhimpunan seperti ini suatu masa dahulu. Kehadiran beliau menunjukkan Dr Mahathir telah berubah dan ‘taubat’ (bertaubat).

“Lebih penting, beliau mengakui satu-satunya kumpulan yang (boleh) membawa perubahan kepada Malaysia adalah rakyat Malaysia. Ia adalah satu pengakuan daripada Tun sendiri. Ini satu pengiktirafan kepada kuasa rakyat melalui Bersih 4,” katanya.

Anak perempuan Dr Mahathir yang juga aktivis sosial, Marina, menghadiri perhimpunan Bersih 4.0 bersama rakyat Malaysia di Kota London.

Charles Santiago berkata, kehadiran Dr Mahathir akan membawa kesan positif kepada rakyat dan perhimpunan tersebut.

“Saya merasakan Najib kini akan duduk dengan penasihatnya dan memikirkan apa yang perlu dilakukan, kerana sokongan Tun M membawa maksud besar kepada Malaysia”.

Dr Mahathir yang hadir di Dataran Merdeka pada Sabtu malam hanya berkata-kata ‘teruskan, teruskan’ kepada peserta Bersih manakala isterinya pula berkata ‘this is people power’ (Ini kuasa rakyat).

Tiada ulasan: