HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Ogos 2015

Polis rampas bendera parti, pembesar suara

Oleh Ermizi Muahamad


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar G Manivannan Gowind mendakwa, pihak polis sengaja merampas pembesar suara dan bendera parti-parti politik pembangkang sebelum himpunan Bersih 4 dimulakan di hadapan Plaza Nu Central dekat Brickfiels sebentar tadi.


G Manivannan antara pimpinan KEADILAN yang hadir sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan Bersih 4 yang menuntut lima perkara daripada kerajaan memerintah.

Antara tuntutan yang dikemukan Bersih 2.0 iaitu, pilihan raya yang bebas dan adil, kerajaan yang telus, hak untuk berhimpun, mengukuhkan sistem demokrasi, dan menyelamatkan ekonomi negara yang kian parah ketika ini.

Turut hadir ialah Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Tiada ulasan: