HALAMAN SANTAI

Isnin, 31 Ogos 2015

Bersih 4: Pesta demokrasi tersebar di Malaysia dalam suasana aman

bersih2

Roketkini.com


KUALA LUMPUR: Lebih 100,00 rakyat Malaysia pelbagai kaum menyertai perhimpunan aman Bersih 4 di tengah-tengah ibu kota tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Dengan kerjasama pihak polis menjaga keamanan tanpa sebarang provokasi, perhimpunan itu yang bermula pada jam 2 petang – walaupun rakyat tiba seawal 8 pagi – berakhir untuk hari pertama dengan tenang, aman dan damai tengah malam tadi.

Ribuan yang meneruskan perhimpunan sehingga tengah malam tadi telah bermalam secara terbuka di kaki lima, di tepi jalan, di merata-rata tempat setelah penat seharian meraikan pesta demokrasi yang terbesar dalam sejarah Malaysia.

Semua peserta Bersih 4 mengekalkan tahap disiplin yang tinggi serta penuh beradab. Setiap kali masuk waktu sembahyang, ramai umat Islam mendirikan solat di atas jalan raya, dengan dijaga baik oleh rakan-rakan bukan-Muslim.

Jika ada pun sesuatu yang tidak menyenangkan hati, ia hanyalah penggunaan alat tiupan vuvuzela yang membingitkan sehingga tenggelam suara serta persembahan yang diadakan sepanjang perhimpunan.
bersih1
Pihak penganjur Bersih 4 telah pun meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat bising selepas tengah malam, serta mengurangkan penggunaan vuvuzela di kawasan yang mengadakan sesi perbincangan, dialog, ucapan serta persembahan seni.

Selain Kuala Lumpur, perhimpunan aman Bersih 4 juga diadakan di Kuching dan Kota Kinabalu yang mendapat sambutan hebat. Rakyat Malaysia di seluruh dunia juga menganjurkan perhimpunan yang sama di lebih 70 bandar-bandar besar.

Hari ini, perhimpunan diteruskan lagi sepanjang hari sehingga tengah malam ini di sekeliling Dataran Merdeka, sempena menyambut Hari Merdeka ke-58.

Mereka yang pulang dijemput datang semula untuk meramaikan perhimpunan manakala mereka yang tidak berpeluang menyertainya semalam diajak sama-sama menjadikan pesta demokrasi ini sebagai satu catatan sejarah negara. – Roketkini.com


Tiada ulasan: