HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Ogos 2015

Bersih 4.0 cuba jatuh kerajaan, hancurkan negara

SINAR HARIAN


Bersih 4.0 cuba jatuh kerajaan, hancurkan negara
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (tengah) menyampaikan plak 'Road to HPPNK 2015 Negeri Selangor' kepada Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan negeri Datuk Seri Noh Omar (kanan) selepas merasmikan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2015 Peringkat negeri di Kompleks IADA Barat Laut, Kuala Selangor hari ini. - Foto Bernama
 
 
KUALA SELANGOR - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara hari ini dan esok bukan sahaja cuba menukar kerajaan malah berniat menghancurkan negara.

Beliau berkata, ini kerana penganjuran perhimpunan haram itu dilihat menggunakan modul sama seperti yang dipraktikkan dalam pemberontakan 'Arab Spring' di negara-negara Timur Tengah. 

"Kita dah lihat modul digunakan Bersih sama dengan mereka yang ingin jatuhkan kerajaan melalui 'Arab Spring' di mana tiada ketua atau organisasi yang jelas bertanggungjawab selain menggunakan media sosial.   

"Bila kerajaan di Libya, Yaman hancur, rakyat yang menderita sehingga ada yang terpaksa melarikan diri ke negara lain. Akhirnya siapa yang bertanggungjawab (terhadap perhimpunan itu)? Ini yang cuba dibuat oleh Bersih," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Selangor di sini, hari ini.   

Justeru itu, katanya beliau tidak hairan apabila penganjuran Bersih 4.0 mendapat sokongan pihak luar yang jelas mahu melihat Malaysia tidak stabil dan tidak aman.   

"Bersih ternyata tidak datangkan apa-apa kebaikan kepada negara. Lebih menyedihkan penganjuran perhimpunan ini turut menganggu persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia pada Isnin ini," katanya. - Bernama


Tiada ulasan: