THE RAKYAT POST
Awang Selamat melontarkan
persoalan, apakah kerana Melayu makin berpecah, dilihat lemah serta
tiadanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) maka penyokong DAP dan
penganjur Bersih 4.0, lebih berani dan berkeyakinan? Foto TRP/ SM Amin
KUALA LUMPUR, Kerajaan dinasihatkan supaya mengambil iktibar terhadap pelaksanaan perhimpunan Bersih 4.0 kali ini, supaya tidak berkompromi dengan apa saja bentuk perhimpunan haram selepas ini.
Memetik laporan Awang Selamat dalam
ruangannya di Utusan Malaysia hari ini, mencadangkan perkara itu sambil
menjadikan kerajaan pimpinan orang Cina Singapura sebagai contoh.
“Sebanyak 21 rakyat Malaysia ditahan pada
2013 kerana menyertai perhimpunan Bersih di republik itu.
Semalam,
pihak berkuasa Singapura memberi amaran lagi supaya tiada sesiapa adakan
perhimpunan haram termasuk Bersih 4.0,” katanya.
Menurut kolumnis itu lagi, pendekatan
pencegahan seharusnya menjadi tunjang dalam menjaga keharmonian negara
terutama masyarakat pelbagai kaum.
“Apa istimewanya penganjur Bersih yang
melakukan sabotaj ke atas negara tetapi tidak pernah didakwa bagaikan
ada imuniti? Mereka harus bertanggungjawab dan tidak boleh dibiar
terlepas begitu sahaja.”
Tegasnya, kegagalan pihak berkuasa
bertindak tegas dalam isu-isu ancaman keselamatan dan ketenteraman awam
akan memberi isyarat yang salah kepada masyarakat.
Kerana itu, juga, katanya, ada pihak termasuk rumah ibadat secara terbuka menawarkan bantuan kepada peserta Bersih 4.0.
“Kelemahan pihak berkuasa boleh mengundang persubahatan dan mudarat lebih besar,” katanya lagi.
Awang Selamat pada masa sama berkata,
penganjuran Bersih 4.0 di Kuala Lumpur semalam memberikan petunjuk jelas
terutama yang paling ketara membabitkan penguasaan penyokong DAP yang
rata-ratanya kaum Cina.
“Tahniah kepada Lim Kit Siang dan
anaknya, Lim Guan Eng kerana dominasi tersebut. Juga syabas kepada
penganjur asal Bersih 4.0 kerana menyerlah belang sebenar bersekongkol
dengan DAP.
“Akhirnya motif politik mengatasi
segala-galanya. Maka apa yang dijanjikan bersih, seperti siri
perhimpunan lalu, nampak jijik dan kotor,” katanya.
Awang Selamat menegaskan supaya gambaran
itu tidak dipandang mudah kerana jika selama ini, orang Cina tidak
ghairah membantah di jalanan, keadaan sudah berubah dengan majoriti kaum
itu menguasai.
“Ada yang melihatnya sebagai kebangkitan daripada sentimen politik yang dibakar oleh parti pembangkang terutama DAP.
“Apakah kerana Melayu makin berpecah,
dilihat lemah serta tiadanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) maka
penyokong DAP dan penganjur Bersih 4.0, lebih berani dan berkeyakinan,”
soalnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan