KUALA LUMPUR - Penganjur Bersih, Maria Chin Abdullah menegaskan
himpunan Bersih 4.0 tidak melanggar mana-mana akta mengikut perundangan
negara.
Oleh itu katanya, adalah tidak adil mengatakan bahawa himpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan oleh pihaknya haram dan menyalahi undang-undang.
"Saya rasa perhimpunan ini tidak haram, ini adalah hak kita untuk berkumpul.
"Apa undang-undang yang kita langgar? Saya pun tidak tahu kerana dalam perlembagaan kita ada hak untuk berkumpul," katanya kepada media ketika ditemui di pentas himpunan Bersih 4.0 di Dataran Merdeka malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa penganjur dan peserta perhimpunan Bersih 4.0 akan dikenakan tindakan mengikut pelbagai peruntukan undang-undang sedia ada.
Ahmad Zahid dipetik berkata, tiada lagi amaran dan tindakan diambil walaupun selepas perhimpunan tamat.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Maria berkata, jika ada sebarang tindakan undang-undang dikenakan beliau sedia mengheret perkara itu ke mahkamah.
"Kalau nak serang kerana dia kata, kita akan bawa ke mahkamah, " katanya.
Sementara ketika menyentuh mengenai himpunan Bersih 4.0, Maria berkata ia mencapai sasaran.
"Saya rasa keseluruhan yang datang adalam 300 ribu, saya rasa ini adalah kejayaan....kita berjaya tunjukan bahawa ini adalah himpunan aman, polis bertanggungjawab dan lalu lintas terkawal," katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan