HALAMAN SANTAI

Jumaat, 28 Ogos 2015

Sultan Johor titah tukar nama Kulaijaya

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar


JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya nama daerah Kulaijaya ditukar serta merta seperti mana nama asal daerah itu, iaitu Kulai.

Beliau juga menitahkan kerajaan negeri memikirkan nama lain yang bersesuaian dengan Pusat Pentadbiran Johor iaitu Nusajaya kerana disifatkan tiada kaitan dengan sejarah asal-usulnya.

Sultan Ibrahim bertitah selepas selesai menunaikan solat Jumaat ketika merasmikan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini.

Tiada ulasan: