Oleh Arif Atan
1. Berjalan dari Pasar Seni menghala ke Dataran Merdeka, kita dapat melihat bangunan2 lama di Kuala Lumpur yang nampak makin dihimpit projek di sana-sini. Ada binaan bangunan tu tertera tahun 1920!
Sayangnya, banyak premis sudah tergantung bisnes orang Nepal, Myanmar dari kedai makan sampai kepada barangan am. Tersergam juga bangunan Maybank yang dikatakan pertama wujud pada 1960. Siapa yang nak tahu di mana letaknya binaan tu, esok turunlah Bersih 4.0!
Hanya ketika himpunan seperti ini kita sebagai rakyat Malaysia dapat "bersiar-siar" melihat pemandangan dan sisa tinggalan sejarah di ibu kota dan kau akan rasa betapa berharganya warisan itu dipelihara. Kita belajar sejarah di jalanan! Tak kenal maka tak cinta. Kalau cuti minggu biasa kawasan pusat ibu negara ini penuh dengan warga asing kelas buruh. Jadi? Kau tak payah memgaku patriotik cintakan negara kalau KL pun kau tak tahu apa yang menarik di sini!
2. Kawan2 Cina kita beri laluan untuk yang Melayu solat Marghrib berjemaah. Ketika berlangsungnya solat, kawan2 bukan Islam sekitar tempat yang Muslimin dan Muslimat solat tadi duduk diam, layan hp masing2 walaupun maklum 'line' teruk. Mereka tak sibuk nak tiup benda bising tu.
Masa Aisyah nyanyi lagu "Bahtera Merdeka" pun kawan-kawan bukan Melayu inilah yang angkat tangan buat isyarat minta peserta di belakang untuk senyap tak sibuk tiup benda tu (patut bako je benda tiup2 tu lepas ni. hahaha).
Siang tadi pun kami menapak sama, bercerita isu semasa, ketawa dan ada ketika serius berkongsi rasa tapi ceria kembali berkongsi kuih apam yang cantik hasil 'karya' Kak Siti - suri hati En Ahmad Lutfi Othman. Chia Fong Lau siap melawak, "Ini halal ar. Takde babi". Gila kau! Mesra. Tiada apa yang mengguris hati sebab kita sudah lama kenal hati budi.
Tengku Emma Zuriana pula bermalam di sebuah gereja dekat Dataran Merdeka. Ada ruang lelapkan mata untuk peserta himpunan Bersih 4.0. Punyalah bagus layanan kawan2 kita komuniti di sana meraikan yang Muslim untuk tumpang bermalam. Mereka mempraktikkan nilai kemanusiaan.
Nampak? Kau belajar tentang makna kemanusiaan & perpaduan nasional. Ketika himpunan rakyat seperti inilah kita dapat menilai ciri masyarakat sivil/ madani rakyat tanah air. Kita saling menghormati amalan agama masing-masing. 'Kan indah? Segalanya berlaku spontan. Bukan dibuat-buat macam iklan TV Hari Kebangsaan!
3.Bersih 4.0 seperti himpunan lazimnya adalah PESTA RAKYAT. Kita praktikkan senyum pada orang sekeliling, beri laluan pada yang mahu duduk sementara yang mahu duduk atau berjalan ucap terima kasih sambil senyum.
Ada yang sukarela kutipkan sampah siap dia pula yang ucapkan "terima kasih"! Ada yang bawa buku kempen membaca di jalanan. Tadi juga ada tayangan 10 Tahun Sebelum Merdeka. Ng Yap Hwa dan kawan2 beliau banyak main peranan di sana. Lagi? "Kuliah" jalan raya oleh pensyarah2 hebat tanah air kita. Ada bermain gitar, bergendang, menyanyikan lagu2 cintakan keadilan. Bahkan selepas solat Marghrib dan solat hajat tadi pun ada tazkirah yang turut didengari sama kawan2 bukan Muslim.
Ya. Apa makna semua itu? Indahnya di mana? Indahnya apabila rakyat terutama golongan muda disosialisasikan dengan nilai berdikari dan saling menghormati hak. Rakyat disemai dengan kesedaran sivik. Kalau program anjuran kerajaan, susah nak tengok ada pengunjung kutip, kumpulkan setempat plastik sampah.
Jadi, kau masih prejudis anggap Bersih 4.0 ni yang bukan-bukan? Lebih parah tuduh Bersih 4.0 ni ramainya 'Cina DAP'! Turunlah esok baru kau tahu indahnya hidup kita bermasyarakat. Kita berhimpun kerana kita menolak pelbagai bentuk pembodohan oleh kelompok elit penguasa-pemodal yang cenderung mahu jurang luas kaum-agama sentiasa luas hanya demi memastikan cengkaman kuasa dan monopoli mereka tidak terancam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan