HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Ogos 2015

'Muhyiddin tak sertai BERSIH 4'

MALAYSIAKINI


 


Bekas timbalan perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersetuju untuk menyertai perhimpunan BERSIH 4 yang akan berlangsung hari ini dan esok.

Penafian terhadap spekulasi itu dibuat oleh bekas setiausaha politik beliau, Datuk Mohd Nardin Awang melalui satu kenyataan kepada media hari ini.

Beliau berkata, berita tersebut adalah palsu, berniat jahat dan disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Tan Sri (Muhyiddin) tidak pernah menyatakan persetujuannya melalui mana-mana bekas setiausaha politik beliau untuk menyertai perhimpunan BERSIH dan tiada sebarang komunikasi dibuat antara mana-mana bekas Setiausaha Politik beliau dengan pihak penganjur BERSIH seperti yang didakwa.

"Sementelahan pula beliau berada di luar negara pada tarikh perhimpunan BERSIH 4 diadakan," kata Mohd Nardin.


Tiada ulasan: