KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dikatakan
sekali lagi akan menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 di Dataran
Merdeka sebentar lagi.
Difahamkan beliau bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali
menaiki KTM Komuter dari satu lokasi yang tidak dapat dipastikan sebelum
turun di Pasar Seni.
Sekarang ini, beliau dalam perjalanan ke Dataran Merdeka menerusi Jalan Tun Perak.
Menurut tweet di laman sosial, beliau ada memberikan ucapan di Pasar Seni sebentar tadi.
Semalam, selepas satu program di Johor, beliau bersama isterinya telah singgah di Daratan Merdeka bagi meninjau suasana Bersih 4.0.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan