HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Ogos 2015

Selepas 24 jam Bersih 4, hujan lebat basahi Dataran Merdeka



Peserta Bersih 4 menggunakan kreativiti memayung diri ketika hujan lebat membasahi Dataran Merdeka, sebentar tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.Peserta Bersih 4 menggunakan kreativiti memayung diri ketika hujan lebat membasahi Dataran Merdeka, sebentar tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Selepas berjaya melakar sejarah baharu, perhimpunan Bersih 4 yang berbaki 9 jam lagi berdepan kesulitan apabila hujan lebat melanda di kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur kira-kira 3.30 petang tadi.
 
Pentas utama berhampiran Dataran Merdeka bagaimanapun masih meneruskan programnya walaupun kebanyakan peserta mula mencari tempat perlindungan di kawasan sekitar.
 
Ceramah di kawasan Jalan Tuanku Abdul Rahman ditangguhkan seketika dan deretan penjaja masih setia di pinggir jalan walaupun berdepan gangguan kecil oleh anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Antara personaliti yang terlibat dalam ceramah petang ini ialah bekas pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan, Ahli Parlimen Kuala Krai Dr Hatta Ramli, aktivis Mandeep Singh dan Pengarah Strategik PKR Sim Tze Tzin. 
 
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata hadirin yang hadir ke himpunan di kawasan Dataran Merdeka hari ini mencecah 300,000 orang dan akan bertambah ramai menjelang sambutan ambang kemerdekaan malam ini.

Persembahan di atas lori diteruskan meskipun hujan bagi menghiburkan dan mengekalkan semangat peserta perhimpunan Bersih 4. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 30 Ogos, 2015.Persembahan di atas lori diteruskan meskipun hujan bagi menghiburkan dan mengekalkan semangat peserta perhimpunan Bersih 4. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, Himpunan yang dirancang berlangsung selama 34 jam sejak 2 petang itu menyaksikan tiada kejadian tidak diingini berlaku namun terdapat beberapa peserta yang terlibat dalam insiden keracunan makanan.
 
Jalan Tuanku Abdul Rahman malam tadi dibanjiri lautan manusia apabila peserta yang hadir menunaikan janji mereka untuk bermalam di tengah-tengah kawasan ibu kota.
 
Setakat jam 4 petang ini, polis memberikan kerjasama yang baik walaupun beberapa pemimpin Umno terus mengecam perhimpunan itu sebagai haram.


Tiada ulasan: