HALAMAN SANTAI

Sabtu, 29 Ogos 2015

Dr Mahathir dakwa PM 'disihir RM'

Alyaa Azhar


 


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad percaya Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja 'disihir' oleh "RM", sebaliknya "RM" sendiri menpunyai banyak "bomoh".

Berucap di Stadium Pasir Gudang, Johor hari ini, Dr Mahathir berkata, "bomoh" itu datang dari pelbagai tempat, termasuk Indonesia dan India untuk membantu perdana menteri.

"Najib bukan sahaja disihir oleh RM, RM sendiri pun ada banyak bomoh. Macam-macam bomoh, dari Indonesia, india, dari mana-mana tempat.

"Kononnya semua (itu boleh) jamin Najib tak jatuh sebab tak ada orang dalam dunia macam Najib. Itulah pendapat dia," katanya.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri keempat Malaysia itu berkata, Najib tetap boleh "dijatuhkan" melalui kuasa rakyat.

"Insya-Allah kalau rakyat tunjuk kuasa rakyat, dia tak boleh tahan," katanya.

Sebelum itu Dr Mahathir ditanya mengenai kemingkinan perdana menteri berada di bawah pengaruh ilmu hitam.

Bercakap di majlis sama, Dr Mahathir berkata, kuasa rakyat tidak diperlukan jika undang-undang negara tidak dicabuli.

Memetik kes bekas Presiden Ferdinand Marcos yang menyalahgunakan kuasa, Dr Mahathir berkata, rakyat Filipina turun ke jalan raya bagi mendesak beliau meletak jawatan.

"Kita tidak mahu perkara seperti itu berlaku di sini. Kita mahu buat perkara yang mengikut undang-undang, tetapi undang-undang tidak lagi digunakan.

"Sebab itu rakyat mesti tunjukkan kuasa rakyat," katanya yang disambut dengan sorakan lebih 3,000 hadirin.

Bagaimanapun Dr Mahathir tidak menjelaskan maksud sebenar ungkapan "RM" digunakannya.


Tiada ulasan: