HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Ogos 2015

Kisah kereta kuning disimbah asid

Bersih 4.0
Kelihatan kereta Volkswagen kuning yang diletakkan di pekarangan Dataran Merdeka, semalam. – Foto Sinar Harian oleh JAZALY AMRY JAAFAR
 
 
KUALA LUMPUR - Peserta Himpunan Bersih pasti akan tertarik dengan sebuah kereta Volkswagen kuning yang diletakkan di pekarangan Dataran Merdeka.

Menurut Penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah, kereta kuning tersebut digunakan dalam perarakan himpunan tersebut.

"Kereta tersebut telah diletakkan di pekarangan Dataran Merdeka, namun, telah ada pihak yang merosakkan kereta tersebut.

"Kereta tersebut telah di simbah asid, tayar dipecahkan dan telah dirosakkan beberapa bahagian dalaman,"katanya.

Kata Maria Chin, tindakan tersebut sebagai satu usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk menakutkan rakyat dan menggagalkan himpunan Bersih 4.0.

Sementara itu, beliau berterima kasih kepada peserta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terus memberikan sokongan dan bersama dalam himpunan tersebut.
 
 

Tiada ulasan: