HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Ogos 2015

Himpunan Bersih 4.0 masuk hari kedua

Bersih 4.0
Keadaan di Dataran Merdeka ketika ini
 
 
KUALA LUMPUR - Himpunan Bersih 4.0, memasuki hari kedua (terakhir) hari ini.‎
 
Seawal jam 7.00 pagi, peserta sudah kelihatan membanjiri kawasan Dataran Merdeka.
 
Selain itu, pemerhatian Sinar Online juga mendapati ada juga peserta yang terus 'menginap' di sekitar Dataran Merdeka selepas penat menyertai himpunan itu semalam.
 
Dalam pada itu, kira-kira jam 8.00 pagi tadi, penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah mengejutkan peserta dengan naik ke pentas untuk mengetuai acara senaman pagi.
 
Keadaan setakat ini masih terkawal, dan peserta yang menyertai himpunan ini makin bertambah dari semasa ke semasa.
 
11.00 pagi: Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia turut memberikan sokongan kepada Bersih 4.0.
 
11.10 pagi: Penyokong Bersih 4.0 memilih pengangkutan awam sebagai pilihan untuk menuju ke Dataran Merdeka.
 
11.15 pagi: Ribuan penyokong Bersih sudah mula membanjiri Jalan Tun Perak sambil melaungkan perkataan 'Bersih'
 
11.25 pagi: Jika orang lain menjual minuman, peniaga ini menjual petai.
 
11.30 pagi:  Kelihatan seorang peserta  memengang sepanduk 'hentikan bunyi bising vuvuzela.  Bersuaralah dengan cara yang betul'. 
 
11.35 pagi: Penyokong Bersih 4.0 bergerak menuju ke arah Dataran Merdeka
 
12.00 tengahari:  Bersih 4.0 menempatkan pasukan perubatan mereka selama 34 jam bagi memudahkan peserta mendapatkan rawatan sekiranya mengalami kecederaan.
 
12.30 tengahari: Penyokong Bersih 4.0 membanjiri kawasan berdekatan Stesen Masjid Jamek
 
2.35 petang - Suasana lengang di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. Setakat ini tiada sebarang penahanan dan tangkapan pihak berkuasa selepas 24 jam peserta Bersih 4.0 berhimpun di beberapa lokasi sekitar ibu negara sejak semalam.
 
2.50 petang – Beberapa pemimpin Bersih 4.0 terus menyampaikan ucapan di pentas utama Bersih 4.0 berhampiran Dataran Merdeka.
 
3.30 petang – Keadaan cuaca di Dataran Merdeka semakin mendung jika dibandingkan tengah hari tadi.
 
3.40 petang – Hujan mula turun di Dataran Merdeka, bagaimanapun sesi ceramah tetap diteruskan.
 
3.45 petang -  Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh berkata, kita berkumpul untuk beri mesej kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
                       - “Kami sudah muak dibuli. Kami yang meletakkan anda berkuasa, kami yang akan singkirkan anda.
                      - “Saya pakai oren hari ini bukan kuning tapi tak peduli apa warna yang kita pakai, yang penting kita di sini untuk memberitahu mereka, beritahu Najib, (Datuk Seri Dr Ahmad) Zahid Hamidi, anda ada dua tahun lagi,” katanya.

4.30 petang – Perhimpunan Bersih 4.0 berhenti rehat dan akan disambung semula pada jam 9 malam, kata Pengerusi Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah
 
5.10 petang – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat sidang media di sebuah kedai makan sekitar Pasar Seni.

7.00 petang - Hujan sekali lagi membasahi Kuala Lumpur namun, peserta Bersih 4.0 tidak berganjak dan masih terus membanjiri kawasan Jalan Tun Perak dan Dataran Merdeka.
  

Tiada ulasan: