HALAMAN SANTAI

Ahad, 30 Ogos 2015

Larangan guna Islam pada nama parti: Penyokong GHB guna wadah baru

 Oleh Azizul Osman 

 
Post Pic

 
 
KUALA LUMPUR: Penyokong Gerakan Harapan Baru mungkin menyertai sebuah parti politik yang sedia ada sebelum memohon untuk menukar nama dan dasar parti itu supaya sesuai dengan perjuangan GHB, kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. 
 
Anggota Jawatankuasa Pengurusan GHB memberitahu bahawa GHB akan memberikan butiran lanjut mengenai wadah baru perjuangan politik GHB esok. 
 
"Ada pendekatan baru yang kita guna iaitu kita mengadakan rundingan dengan  satu lagi parti, kita masuk parti dia dan kemudian kita akan namakan kembali parti berkenaa yang dipersetujui bersama, guna logo baru, dasar dan pendekatan baru," kata beliau.
 
Langkah itu diambil susulan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) melarang GHB menggunakan nama Parti Progresif Islam untuk  parti politik yang ingin ditubuhkan oleh badan itu. 
 
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penggunaan Islam pada nama parti di larang demi memastikan agama persekutuan itu tidak disalah guna.  
 
Beliau berkata kerajaan tidak mahu mengulangi kesilapan apabila membenarkan PAS berbuat demikian sehingga menjejaskan perpaduan Melayu. 
 
Terkilan dengan keputusan itu, Mujahid berkata beliau dan rakan-rakannya tetap bertekad untuk mengatasi kemelut berkenaan. 
 
"Esok kita hendak umumkan...ada pra-pelancaran, Saya rasa GHB yakin dapat diselesaikan dengan parti lain yang bersedia, Dia (Mohamad Sabu) akan isytiharkan apa sahaja (nama parti baru), dan perkembangan sebab Parti Progresif Islam itu tidak boleh ditubuhkan malah akan umumkan nama baru," kata beliau. 
 
"Saya pun difahamkan oleh akhbar, bahawa nama Parti Progresif Islam itu ditolak atas alasan tidak boleh guna nama Islam pada parti dan ia diumumkan oleh  Zahid sendiri masa dia merasmikan UMNO bahagian Marang. 
 
ROS sebelum itu menasihatkan GHB supaya memilih nama lain bagi parti baru itu. 
 
"Apapun kalau baru mendaftar memang ROS akan menentukan segala dasar dan sebagainya,  Ini tidak akan berakhir disini, kita akan cuba untuk mendaftar lagi sekali," kata Mujahid. 


Tiada ulasan: